Saturday, December 27, 2008

Peluang ke-2

Selalunya, orang akan berkata begini kepada kamu, "Peluang yang bagus hanya datang sekali sahaja dalam hidup kamu. Jadi, jangan sia-siakannya."

Dulu, aku tidak percaya kepada kata-kata itu. Aku mempersendakannya dan berkata dalam hati "Apa susah? Usahakanlah supaya dapat balik peluang tu." Semalam, telah berlaku satu peristiwa yang mana telah membuatkan aku berfikir bahawa kata-kata itu ada benarnya. Kata-kata itu ibarat satu penumbuk yang tepat dihalakan ke muka aku. Dan malam tadi aku merasakan kesakitan akibat penumbuk itu.

Kenapalah aku melepaskan peluang itu dulu?
Kenapalah aku tak merebut peluang keemasan itu?
Kenapalah aku jadi 'buta' dan membiarkan saja peluang itu berlalu?
Betapa 'bodoh'nya aku waktu itu.

Aku ingin berdoa kepada Tuhan agar memberikan aku peluang kedua.

Pendek saja post kali ini. Aku masih berasa kecewa kerana melepaskan peluang itu. Lain kali, kalau ada lagi peluang macam itu, jangan tunggu. Rebut saja.

Friday, December 19, 2008

Hero




"Ini merupakan satu ciuman ucap selamat tinggal untuk anda, anjing."
Itulah kata-kata hero Iraq, Muntadar al-Zeidi kepada Bush selepas membaling kasutnya kepada Bush sebelum itu.
"Ini adalah daripada balu-balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq."
Kata Muntadar lagi selepas membaling kasut kedua. Tapi yang ruginya kedua-dua balingannya tak kena kepala Bush. Cuma kena bendera negara Amerika. 2-3 hari lepas tu, ada pulak pihak menawarkan anaknya untuk dikahwinkan kepada beliau. Anak perempuan pihak tersebut berbangga jika dapat berkahwin dengan hero Iraq. Rakyat Iraq yang menyokong tindakan Muntadar mengadakan demonstrasi jalanan sebagai tanda sokongan mereka.
Yang menjadi perhatian ramai adalah cara pihak kerajaan Iraq 'melayan' Muntadar. Menurut abangnya, Muntadar telah dipukul dengan begitu teruk sehinggakan beliau akan dibicarakan di penjara sahaja. Pihak kerajaan Iraq takut untuk membawa Muntadar ke muka umum kerana takut kelihatan kesan-kesan pukulan. Beliau mengalami patah tangan dan tulang rusuk selepas dipukul oleh sekumpulan ejen keselamatan Iraq. Rasanya tidak keterlaluan untuk aku cakapkan perkataan 'bodoh' kepada pihak Iraq kerana 'melayan' Muntadar sebegitu rupa. Sudah lah kena serang dengan Amerika, sekarang mereka ikutkan pula arahan 'anjing-anjing' itu.

Tuesday, December 2, 2008

Baru bermula.

Baru bermula. ya, aku baru sahaja bermula dalam dunia blog ini. terima kasih jika kamu telah view dan membaca blog yang tak seberapa ni.

untuk permulaan, blog ini sebenarnya di reka untuk memeriahkan dunia blogging ini. aku percaya ia boleh menjadi add value untuk aku dan kamu semua. juga boleh memperbaiki skill penulisan aku.

disebabkan aku orang baru, berilah komen dan tunjuk ajar kamu kepada aku. juga berilah kritikan yang membina supaya aku boleh meningkatkan tahap kreativiti aku dalam dunia blogging ini.

terima kasih sekali lagi.