Friday, December 19, 2008

Hero




"Ini merupakan satu ciuman ucap selamat tinggal untuk anda, anjing."
Itulah kata-kata hero Iraq, Muntadar al-Zeidi kepada Bush selepas membaling kasutnya kepada Bush sebelum itu.
"Ini adalah daripada balu-balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq."
Kata Muntadar lagi selepas membaling kasut kedua. Tapi yang ruginya kedua-dua balingannya tak kena kepala Bush. Cuma kena bendera negara Amerika. 2-3 hari lepas tu, ada pulak pihak menawarkan anaknya untuk dikahwinkan kepada beliau. Anak perempuan pihak tersebut berbangga jika dapat berkahwin dengan hero Iraq. Rakyat Iraq yang menyokong tindakan Muntadar mengadakan demonstrasi jalanan sebagai tanda sokongan mereka.
Yang menjadi perhatian ramai adalah cara pihak kerajaan Iraq 'melayan' Muntadar. Menurut abangnya, Muntadar telah dipukul dengan begitu teruk sehinggakan beliau akan dibicarakan di penjara sahaja. Pihak kerajaan Iraq takut untuk membawa Muntadar ke muka umum kerana takut kelihatan kesan-kesan pukulan. Beliau mengalami patah tangan dan tulang rusuk selepas dipukul oleh sekumpulan ejen keselamatan Iraq. Rasanya tidak keterlaluan untuk aku cakapkan perkataan 'bodoh' kepada pihak Iraq kerana 'melayan' Muntadar sebegitu rupa. Sudah lah kena serang dengan Amerika, sekarang mereka ikutkan pula arahan 'anjing-anjing' itu.