Wednesday, January 21, 2009

Football post #01 - Padan muka kau.


Agakan aku tepat. Malam tadi, skuad kebangsaan(aku panggil skuad ke'bangkai'an) Malaysia kalah 0-5 kepada skuad Emiriyah Arab Bersatu(UAE).

"Skuad negara dibelasah", kata pembaca berita NTV7.

Sementara pembaca berita TV1 juga mengeluarkan kenyataan lebih kurang sama juga. Mereka juga melaporkan peminat-peminat berkumpul dan 'berdemonstrasi' kecil-kecilan selepas tamat perlawanan di Stadium PBKL Cheras. Mereka mahu ketua jurulatih B. Sathianatan dipecat dan digantikan dengan orang lain. Sedih juga ketika melihat beliau dicemuh oleh penyokong ketika melalui kawasan demonstrasi tersebut.

Tetapi TV1 mengeluarkan komen-komen dari peminat yang telah di tapis. NTV7 selamba saja mengeluarkan komen-komen yang pedas dari penyokong.

Sathianatan sendiri menyalahkan pihak FAM sebagai punca kejatuhan bolasepak Malaysia. "Liga Malaysia bukanlah liga bolasepak. Masyarakat boleh mengkritik saya. Saya tak kisah." katanya.

Aku bersetuju sangat dengan komen itu. Liga bolasepak Malaysia jadi kucar-kacir sejak 4-5 tahun kebelakangan ini. Peraturan berubah-ubah. Kejap ada pemain import, kejap takda pemain import. Dulu 8 pasukan(konon-konon) terbaik dalam 1 liga, sekarang 14 pasukan pula. Jadual perlawanan tunggang terbalik. Pendek kata, pengurusan FAM memang gampang.

Memang susah apabila orang politik mentadbir bidang sukan, terutama sekali bolasepak. Di luar negara, Eropah contohnya, hanya orang-orang yang tahu pasal bolasepak sahaja dilantik mengendalikan pengurusan. Di Malaysia, mereka-mereka ini tak tahu apa pun pasal bola sepak. Yang mereka tahu, dan mahu, adalah populariti. Memang celaka. Peminat-peminat sudah lama sakit hati dan bencikan FAM. Salah seorangnya adalah aku.

Rakan serumah aku selalu berkata begini, "Hang selalu compare player Malaysia ngan player EPL. Memang tak setaraf". Ataupun bila aku kata "Pasti Malaysia kalah malam ni", apabila ada international game, pasti dia akan kata "Hang nih tak patriotik betul la."

Mana aku tak compare. Player mereka berdisiplin tinggi. Skill hebat. Stamina tak usah cakaplah. Player Malaysia? Apa ada? Kasut bola nak mahal-mahal. Nike, Adidas atau Puma. Tapi training datang lambat. Atau tak turun langsung. Lepas tu isap rokok lagi kat tempat awam. Konon-konon nampak cool. Paling aku tak puas hati adalah gaji yang mereka dapat tak setimpal langsung dengan cara permainan mereka. Gaji berbelas-belas ribu, main macam budak sekolah. Haram jadah. Aku sudah muak dengan perkembangan bolasepak tempatan.

Aku tak nafikan juga ada player kat Malaysia ni yang talented dan berdisiplin. Tapi tak kemana jugalah kalau ada seorang-dua sahaja yang boleh main.

Blog ini menulis bahawa Kementerian Bolasepak akan ditubuhkan. Aku langsung tergelak dengan cadangan bodoh dan tak masuk akal ni.

Wahai FAM, tak payah lah habiskan duit tubuhkan ministry ni. Yang penting sekali adalah pembangunan akal umbi. Itu pun susah kah? Cakap cintakan bolasepak, takkan itu pun kau tak tahu.

P/S : Ini gambar lagenda bolasepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari. Jika beliau masih hidup, pasti beliau sedih dengan perkembangan bolasepak Malaysia kini.

8 comments:

moses said...

haha. 5-0 kut..gila babi lah..berguling-guling mayat mokhtar dahari dalam kubur..

Lucius Maximus said...

er bang, laporan tu olok-olok je. ministry of football takde kena mengena dengan FAM, bukan FAM pun yang tubuhkan.

minsitry of football tu satu lagi blog pasal bola tempatan, yang juga berfungsi untuk mengkritik perkara tak betul yang FAM buat

chi am said...

bilngan gol berbeza antara dua pasukan, salah siapa? nak bunag siapa? jurulatih? pemain? atau singkirkan hasbullah awang? fikirkan bersama.

AkiM said...

aku sokong ko..!!

jeffry azizi jaafar said...

moses - haha.sempat lg tu.haha.

lucius maximus - eh yaka?ok kesilapan saya la tu kot.x baca betul2.hehe.

chi am - kalau pemain mmg x boleh buat apa sb semua x reti main,coach pulak letaklah sapa pn komfem kalah jugak lg.yg pnting mental player2 yg konon2 star tuh kena kuat.

akim - terima kasih yer kerana menyokong..

Jaja_maXos said...

jep..chi am tu sape?..ko knal x?

j or ji said...

hehhe..lawak la..

kalau nak citer pasal bola ni memang boleh meracau dibuatnya. apa yang kurang dengan pemain malaysia?

Disiplin,Stamina,Fokus,latihan,komitmen,
...SEMUA LA.

Jadi,kene la mula dari awal.

Tiada seorang pemain malaysia sekrang yg mampu melakukan tendangan padu sambil berlari macam, SuperMOKH!

aku sentimental skit dengan Mokhtar Dahari ini..

jeffry azizi jaafar said...

j or ji - setuju bebenor le tu yob..hehe..