Saturday, January 17, 2009

Mari membayar hutang.


2 hari lepas pihak Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara(PTPTN) telah memasukkan wang pinjaman aku. Mungkin ada di antara pegawai mereka telah membaca post aku sebelum ini dan memahami rintihan aku itu, haha.

Terima kasih kerana telah menjadikan aku kaya sebentar. Memang sekejap saja kerana sekarang aku kena membayar segala hutang-hutang aku kepada rakan-rakan. Tapi jangan ingat aku akan berhenti membenci kamu kerana kamu hanyalah pembuat keuntungan saja dengan interest atas pinjaman tersebut.

Mengenai Palestin, hari ini sudah masuk hari ke 23 mereka diserang oleh pihak Zionis. Kasihan mereka. Aku ada juga terbaca blog yang menulis tentang negara-negara jiran Palestin yang duduk diam saja tanpa memberi sebarang bantuan. Padahal mereka semua satu bangsa juga. Tentang aktiviti memboikot barangan mereka, aku tidak menyebelahi mana-mana pihak. Kalau kita memboikot KFC atau Pizza Hut contohnya, maknanya kita telah menutup periuk nasi pekerja-pekerja KFC atau Pizza Hut itu. Betul juga setelah aku memikirkan tentang ini. Tapi tak apalah, seperti kata kawan aku Jaja, kita patut berdoa banyak-banyak agar mereka selamat sejahtera. Amin....

3 comments:

Jaja_maXos said...

..aku glamer siot..TERIMA KASIH KERANA KO SUDI MENULIS NAME AKU KAT CTU...MUAHAHAHAHA...

chi am said...

ah brape percent charge sekarang nih? ak nak kena bayar balik dah..

jeffry azizi jaafar said...

jaja_maxos - haha.sama2 bro.

chi am - kalo x silap dulu 3 percent.skg dh kurang sket, 1.5 percent kot.