Monday, January 5, 2009

Sebenarnya aku bencikan kau, tapi...

Sudah 2 minggu aku menyimpan perasaan ini. Benci, meluat, letih. Minggu lepas aku baru sahaja mendaftar sebagai pelajar di sebuah universiti tempatan. Masuk semester ini, sudah 2 semester aku belajar bidang Pentadbiran Perniagaan ini. Agak menarik juga bidang ini sebenarnya kerana ia berkaitan dengan kehidupan seharian. Tapi, disebabkan tahap kemalasan aku yang agak melampau ini, minggu ini baru aku pergi kelas.

Aku pernah membaca quote yang lebih kurang begini: Walaupun jalan itu jauh dan berliku-liku, kita akan merentasinya dengan perlahan-lahan. Quote itu memang kena dengan aku. Aku kena bersabar dan perlahan-lahan merentasi alam universiti ini.

Organisasi yang meminjamkan wang untuk aku pula buat-buat lembab dalam hal pemberian duit ini. Kalau dalam hal meminta balik pinjaman mereka, laju sahaja mereka menulis surat pembayaran untuk aku. Dan untuk pelajar baru yang mahu memohon pinjaman tersebut, mereka akan melalui satu pengalaman yang menyakitkan hati ketika proses permohonan tersebut. Aku dan ramai lagi sudah melalui pengalaman itu.

Apa-apapun, selamat tahun baru. Untuk kamu, semoga tahun ini lebih bermakna daripada tahun lepas. Azam tahun baru? Mungkin sama macam tahun lepas sahaja.

3 comments:

moses said...

apa azam ang tahun lepas dol?

Anonymous said...

haha ade blog gk ko jepp..

jeffry azizi jaafar said...

moses - azam aku nk slow merokok tp gagal.pastu konon2 nak menyimpan duit loan,last2 abeh gak.haha.

anonymous - terima kasih kerana melawat.rajin2 lah melawat ye.hehe.
tp siapakah anda ye? :)