Monday, February 9, 2009

Terima kasih Metallica dan 'Nothing Else Matters'nya.

Aku menulis post ini dalam keaadan emosi aku yang sudah stabil. Kenapa agaknya ya? Ini kerana jika ingin buat posting baru, aku kena berada dalam mood yang okay dan disokong pula dengan kondisi sekeliling yang menyokong aku. Ini hanyalah pendapat aku sahaja. Pada aku, sukar untuk memberi emosi dan rasa kepada posting jika kepala berserabut, walaupun ada idea untuk menulis. Jadi, sekarang emosi, kondisi dan kewangan menyokong aku untuk menulis. (Kewangan? Rumah sewa aku tiada Internet. Kena ke cyber cafe untuk online, hahaha.)

Panjang pula introduksi tadi. Baiklah. Hari ini aku impressed dengan diri aku. Kenapa? Kerana hari ini aku berjaya masak lauk sardin dengan cemerlang untuk makan tengahari tadi. Di campur pula dengan telur dadar yang menyelerakan. Memang masakan tadi perfect pada pandangan aku. Terima kasih kepada Fauzi yang tag team dengan aku untuk memasak tadi. Lain kali boleh kita eksperimen masakan lain pula.

Sebelum masak untuk tengahari tadi, emosi aku agak tertekan. Tertekan akibat persembahan buruk Arsenal ketika menetang musuh se-Londonnya, Tottenham Hotspurs. Aku mengaku harapan Arsenal untuk ke Champions League next season semakin tipis. Ditambah pula dengan ketiadaan Arshavin di dalam perlawanan tersebut, semakin menyukarkan mereka. (Nota untuk Eboue: Lain kali jangan menyusahkan pasukan sendiri. Lebih baik hang berambus saja dari Arsenal.)

Itu pasal bola sepak. Pasal assignment pula, aku sedikit berserabut dengan assignment yang perlu disiapkan untuk presentation malam ini. Nasib menyebelahi aku malam semalam. Terima kasih kepada Encik Kipas kerana memberi jawapan kepada soalan untuk presentation aku. Walaupun aku agak bencikan hang sebab asyik membodek pensyarah, pertolongan itu tetap aku hargai.

Tetapi, emosi aku berjaya distabilkan setelah mendengar kembali lagu 'Nothing Else Matters' dendangan Metallica pagi tadi. Lirik lagu tersebut membawa harapan kepada aku. Ia amat kena dengan kondisi aku.

So close, no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
and nothing else matters

Never opened myself this way
Life is ours, we live it our way
All these words I don't just say
and nothing else matters

Trust I seek and I find in you
Every day for us something new
Open mind for a different view
and nothing else matters

Aku paling tertarik dengan "Life is ours, we live it our way". Yeah. Aku kena hidup dengan cita-cita sendiri, dan melakukannya dengan cara aku sendiri. Aku pasti kamu juga kadang-kadang tertekan dalam hidup, dan memerlukan sesuatu stimuli untuk bangkit melawan tekanan tersebut. Dan stimuli aku kali ini adalah lirik lagu tersebut. Ia memberi inspirasi.

Terima kasih James Hetfield, Lars Ulrich, Kirk Hammett dan Jason Newsted.


Ini adalah gambar kaca mata yang aku dan rakan-rakan beli semasa pergi ke Padang Besar hari Ahad lepas. Maaf, gambar ini tak cantik.Tapi sebenarnya aku ingin menulis tentang pengalaman pergi ke Padang Besar tapi kesuntukan masa. Tak apalah, lain kali kalau pergi lagi mungkin akan aku tulis. Jenama kaca mata ini adalah RayBan. Harga? RM30 untuk 3 bingkai. Siam mari!!

6 comments:

syada said...

hahahaha..
aku rse sardin & telur dadar mmg menu wajib student..
selain megi..
huhu :)

Jaja said...

ek eleh jeff..masak sardin nk kecoh gak ke..
stakat sardin..aku pn xtau cane nk wat..hahaha..absla arsenal..mmg hancur je la nk g chmpion league..terkangkang la korng..hahaha..cHeLsea2~...

j or ji said...

masa aku praktikal kat penang dan duduk alma jaya..hampair setiap kali masak,itu la menunya.sardin dan telur dadar!

arsenal perlu lebih dari arshavin utk menang game.

dan barangan siam rules!

jeffry azizi jaafar said...

syada - yeah.suma tuh mknn harian student pokai mcm aku. =P

jaja - haha.susah woo nk wat sardin yg ada rasa 'sardin'.member aku masak sardin rasa bawang.apa kes?haha.

hg jgn weh.arsenal sbnonye tanak tnjuk jeh.kang dorg tunjuk menangis2 pulak team lain heh.

j or ji - itu dh jadi ruji harian tuh.

ada arshavin pn,kalo striker cam adebayor tuh x skor,xda mkna gk arsenal nih.

barang siam mmg sempoi. jam breitling 30 ringgit jer. ala2 travolta tuh.hahaha!

Rambo said...

gua dulu pernah pakai ini rayban, sebulan pakai, mata gua trus ada selaput dan kemerah-merahan. Tau2 dah dalam parit dah Rayban Classic Metal Made in Siam gua.

Serious ni beb.

jeffry azizi jaafar said...

rambo - haha.serius ke nih?aku tatau a.aku beli sbb murah aja.n yg penting brand tuh.hehe.