Wednesday, March 18, 2009

Aku rasakan masa seolah-olah mahu membunuh aku di kala aku memerlukan pertolongan.

1.

"Kalau kamu dah kerja nanti, mesti kamu rasa nak masuk belajar lagi, sebab kamu rasa memori belajar tu masih kuat lagi."

Itu lah kata-kata salah seorang pensyarah aku di sini. Aku tak pasti kata-kata itu benar atau pun tidak. Mungkin juga ada benarnya, sebab dia bercakap berdasarkan pengalaman dia.

Tapi apa yang aku pasti adalah aku semakin muak, meluat, benci, letih dan 1000 satu macam perasaan tak suka apabila memikirkan bahawa aku kena menghadap buku dalam masa 2 tahun lagi. Terasa macam 2 tahun tu lama gila.

"Kalau orang kerja sekurang-kurangnya dia ada motivasi nak kerja sebab tiap-tiap bulan ada gaji", luah kawan aku, Farid.
"Yela tu. Kita belajar ni menambahkan hutang ada lah. Hutang masa diploma lagi. PTPTN tu dah la kuat menipu", tambah aku pula.
Farid yang memulakan topik ni dulu. Dia pun sudah bosan dengan kehidupan sebagai pelajar. Setiap minggu ada saja assignment yang nak kena buat. Kuiz, test, bersepah. Itu kata Farid. Aku mengiyakan sahaja.

Tapi bila aku dalam kelas tadi, ada pensyarah aku cakap macam ni; "Kamu tengok Obama marah sebab syarikat AIG buat hal." Itu merujuk kepada sikap management di sana tidak menggunakan wang yang diperuntukan dengan betul.
Sepatutnya wang sebanyak $170 billion itu di gunakan untuk membantu syarikat, tapi ia digunakan untuk membayar bonus kepada eksekutif mereka. (Klik di sini untuk berita lanjut) Tapi issue yang ingin aku cakap di sini ialah tentang kemelesetan ekonomi yang melanda dunia dan Malaysia khususnya. Banyak pekerja-pekerja yang dibuang kerja, atau diberi cuti tanpa gaji.

Jadi konklusinya di sini adalah aku patut bersabar, bersabar dan terus bersabar. Syukur kepada Tuhan kerana Dia telah menentukan bahawa pada masa ni aku masih belajar. Kalau sedang bekerja, silap-silap esok aku dah dapat surat pemecatan agaknya.

2.

Konsistensi dan Arshavin. 2 perkataan yang paling aku suka sekarang ini. Skuad Arsenal sudah mula mendapatkan tahap konsistensi mereka semula. Dimulakan dengan kejayaan terhadap Burnley dalam saingan Piala FA, melepasi halangan UEFA Champions League ketika bertembung dengan AS Roma, membelasah Blackburn dalam saingan liga, dan terbaru menundukkan Hull dalam pertembungan Piala FA.

Untuk terus bersaing dalam liga, konsistensi adalah perkara paling penting. Arsenal tiada perkataan itu dalam diri mereka sebelum ini. Aku berharap mereka meneruskan tahap konsistensi tersebut sehingga penhujung musim.

Arshavin...Ya, terima kasih atas persembahan mantap anda sejak datang ke Stadium Emirates ini. Dia adalah nyawa kepada skuad Arsenal sekarang ini. Arshavin mengaku bahawa bermain di liga Inggeris adalah sukar. Sukar untuk bergerak dan menjaringkan gol, sehinggalah beliau berjaya menyumbat gol ketika menentang Blackburn. Terima kasih sekali lagi. Aku begitu tak sabar untuk berkata "selamat tinggal Champions League" kepada penyokong-penyokong di Villa Park bila musim ini berakhir....

7 comments:

Fhayza said...

aku dah bli tix sunburst, pastu jual lah balik, sbb coldplay, foo fighters, 311 suma takde. sedih. tunggu tahun dpn la

.::aDa::. said...

sile2..sile add link saye ~~

Ikhares said...

betul weh lecturer ang cakap tu chemey..

aku skrg rase cam tanak brenti belajar je...best la..

hehe...tapi syaratnye..kene la pilih course yang betul dulu..

:)

jeffry azizi jaafar said...

faiza - yeah.taon depan kalo ada 311,komfem kena pegi.

ada - okeh.akan di link.

ikha - yela 2.pasni final exam pulak...benci betul aku...

AMMOSHAM said...

kalau gua, gua nak belajar balik...

shafarina said...

believe me dik, bila dah kerja, even ada motivasi utk maju pun, u'll miss this world.

cuma belajar, buat assignment, presentation, exam. score.

bila kerja, mcm² hal lah. bukan takat kerja aje, office politic, pergi balik kerja, outstation. Lagi boring. Lagi sampai pencen kena ulang.

Huhu

jeffry azizi jaafar said...

ammosham - yela 2 kan.dulu time skolah rasa 'bila la nak abes skolah'.skg dah sambung blaja baru pikir 'ish kalau masuk skolah blk best nih'. :)

shafarina - ofis pn ada politik eh?haha..lawak sungguh..