Sunday, June 28, 2009

Hasil teknologi dan kejuruteraan terhebat zaman ini.

Zaman aku masih kecil lagi, aku mengkagumi dua buah jentera yang pada pendapat aku, adalah jentera yang begitu hebat sekali.

Yang pertamanya adalah Proton Saga, kereta nasional pertama negara.

Dan yang keduanya adalah ini :


Gambar ini dirembat dari sini.

Ia dipanggil 'mesin padi'.

Tahap keterujaan aku terhadap mesin ini sukar digambarkan. Masa kecil-kecil, aku kerap kali melukis gambarnya. Sekarang, apabila tiba musim menuai, emak selalu berkata "Dah tak melukis gambar mesin padi? Dulu hang selalu lukis," sambil tersenyum.

Aku berkongsi minat yang sama dengan Syukri. Halaman rumahnya menjadi tempat kami mencurah kreativiti dengan membuat 'replika' mesin padi. Syukri 'merembat' sebiji kerusi bas yang berkarat untuk dijadikan asas replika kami. Bahagian petak belakang, (kalau dalam sebuah mesin padi, ia digunakan untuk menyimpan padi.) kami gunakan papan. Bahagian pisaunya pula (bahagian depan mesin padi), kami gunakan sebiji tong drum.

Habis rumput di halaman itu kami 'potong'. Aku berasa begitu bangga dengan rekaan kami.

Tapi itu dulu. Ia adalah sebuah kenangan yang manis.

Sebelum jentera ini ada di kampung aku, pesawah-pesawah menuai padi dengan cara tradisional.
Mula-mula mengerat padi (menuai padi) dan kemudian memukul padi ke dalam tong :





Sebagai seorang pesawah, ayah tidak terkecuali juga. Ini termasuklah aku. Kerja-kerja mengerat dan memukul padi sungguh meletihkan. Pinggang aku akan sakit selepas selesai memukul padi.

Di kampung aku, sekarang adalah musim menuai. Mesin padi ada juga pro dan kontranya. Jalan tar di kampung aku, habis berlubang dan berlopak besar angkara mesin ini. Untuk kepastian, tanya Mr Hidayat bagaimana teruknya jalan-jalan di kampung aku.

Tetapi, jasa sebuah mesin padi sungguh besar. Ia memudahkan pesawah-pesawah untuk menuai padi.

Ia juga memudahkan aku kerana tidak perlu lagi disuruh oleh ayah untuk turun ke sawah dan memukul padi.

Terima kasih hasil teknologi dan kejuruteraan terhebat zaman ini.

Gambar-gambar dan untuk lebih info, klik di sini.

5 comments:

Sir Marcello said...

aku suka yang mentadak tue..apatah namanya...jengkaut? dari kecik aku nak nek benda tue...huhuhu

j or ji said...

aku pernah buat semua kerja-kerja memanam padi hingga menuai secra tradisional dulu.tahun 80an.

skrg sawah kat kampung dah jadi jalanraya.yup.


kau pernah tengok mesin pengorek jalanraya berkerja? macamana mesin tu korek jalan tar dan kisar masuk ke lori yg ikut dibelakangnya. tak la mengujakan,tapi...sangat memudahkan macha pembuat jalan!

jeffry azizi jaafar said...

bruno : bole2.hg dtg kampung aku.aku kasi hg naik jengkaut tu.

j or ji : penat kan? tp nasib baik ada teknologi.kalo tak patah pinggang jugak la macha2 tuh..

cahayaqaseh said...

untungnya ada teknologi...
memudahkan kerja...


salam jeffry
lama akak tak jenguk page jeffry

AkuBukanSOFIAJANE said...

td kitorg mkn char koe tiao..buyut ckp kelakar cte mesin padi ko ni..mcm beriye cte..but its gud writing. aku tak penh tao psl mesin padi...tq.

tp aku nogheh getah penah.coz dl, ms zmn2 percatuan, aku ikot g nogheh getah..a very meaningful experince..