Wednesday, June 17, 2009

Mr Smith, Mat Tom, Mr Openg dan saya.

Satu petang yang indah..

Tengah melepak minum dan makan nasi lemak di kedai Pak Su, Apis a.k.a Mr Smith memecahkan suasana..

"Eh malam ni jom tengok filem "Bohsia" nak?"

Minggu itu adalah minggu peperiksaan akhir semester. Kami sebenarnya baru pulang dari menelaah pelajaran. (Konon-kononnya. Padahal tidur lebih banyak dari membuat revision.) Jadi bolehlah release tekanan sedikit.

"Elok juga tu. Hangpa?" kata Mat Tom yang cuba berbahasa utara kepada aku dan Mr Openg. Mat Tom sudah tertarik agaknya tengok iklan filem "Bohsia" itu. Aku dapat merasakan pandangan Mat Tom terhadap filem itu. Sexy.

Aku lantas menjawab "Okay. Tapi kita nak pergi naik apa?"

" Kita pinjam kereta Farid nak?" balas Mat Tom kerana menyedari bahawa kereta kepunyaan Shai, housemate-nya, memang susah untuk dipinjam.

Kereta milik Encik Farid memang banyak berjasa. Dengan kereta dia lah kami pergi makan, dengan kereta dia lah kami dihantar ke stesen bas untuk pulang ke rumah, dengan kereta dia lah aku mula belajar memegang stereng..dan dengan kereta dia lah kami pergi meng-usha gadis-gadis di dalam kampus.

Setelah berjaya negotiate dengan Encik Farid, kami pun masuk dan duduk di dalam kereta itu.

Tapi driver seat-nya tiada seorang pun yang duduk.

*** *** ***

Mr Smith, Mat Tom dan saya usahkan lesen memandu, pegang stereng pun tak pernah. Mr Openg satu-satunya yang pandai memandu. Malangnya, Mr Openg pun tiada lesen.

Berkecai harapan nak tengok "Bohsia".

Mr Smith, Mat Tom, Mr Openg dan saya. Keempat-empat orang tak boleh pakai.

9 comments:

lynn-the gudigudigurl said...

hehehe
tumpang gelak je la eh?
Tapi kenapa cikgu lynn?
sy belum cikgu lahhh

syada said...

hahahahha
lawak..lawak..
punah harapan ye jep..
aku brsimpati..:p

j or ji said...

lesen dan roadtax tidak pernah jadi penghalang.
yg penting tau memandu dan ada minyak.

bohsia kalau takda lesen lagi dia suka.lagi uat dia peluk pinggang kita.wakaka.citer lain

hehe

wa² said...

nak pinjam kereta saya?
hmm,beliau berada di bengkel..
(TT)

Nazrul a.k.a Tibet said...

jep..aku dah follow hg..follow aku plak..aku br lg dlm blog ni

jeffry azizi jaafar said...

lynn : belum lg?igtkan da jd da.
syada : lepas ni aku nak amik lesen keta.
j or ji : haha.betul2.
wawa : kasi pinjam pun ttp sama jugak.saya tak bole memandu lg.
tibet : orait bebeh.

cahayaqaseh said...

cepat ambik lesen
bukan setakat citer bohsia
citer2 lain yg best pun bole tgk...
susah2 ambik lesen terbang jer lah...hehe
ada lg ke lesen terbang skrang ni????

dayat said...

hang kayu.bw moto pn eksiden ni kan nk bw kete.
ang bw mesin padi jer la..haha

pisey itu aku said...

haha.
gua datang nak gelak je.

kah3.
=)