Tuesday, September 8, 2009

Diari pendek Ramadan saya #1

19 Ramadhan.

5.00 pagi.

1. Ditemani rancangan TopGear musim ke-13, ulangan lagu Suicide Note oleh Disagree dan tak lupa juga lagu Raya, aku membuat sesuatu yang jarang sungguh dibuat. Prepare untuk test subject Managerial Economic yang berlangsung pada pukul 8 pagi.

2. Lelaki tipikal memang begini. Preparation saat-saat akhir adalah tabiat yang sudah sebati dalam jiwa. Konon-konon lepas sahur banyak tenaga sikit. Cis..

3. Aku start prepare pukul 12 malam. Sebelumnya bermain kad. Bukan sebab sudah master subject tu, tapi perasaan malas tetap menjadi raja di hati. Tapi bukan itu yang menjadi isu di sini.

4. Lagu raya yang dimainkan oleh MediaMonkey laptop Openg adalah lagu nyanyian Mamat, Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Sebaik mendengar lagu itu, aku tersentap. Untuk beberapa saat aku berasa sedikit emosi.

5. Dalam bulan Ramadan ni aku rasa baru 2-3 kali saja aku call rumah kat kampung. Gadis-gadis memang selalulah aku telefon. Nampak sangat hari ini aku kena call mak. Tapi bukan untuk minta duit belikan baju raya, sekadar nak bertanya khabar.

***

Tapi kalau ada peluang aku rasa nak minta juga..

7 comments:

j or ji said...

gua pernah tak dapat tido satu malam sebab tiba2 emosi teringat orang tua..:P

lynn-the gudigudigurl said...

kamu dah telefon emak belum?

bruce lee said...

i got A's for Managerial Eco..hee ;PpP

Jaja said...

kem salam ngan mak ko jeff...

jeffry azizi jaafar said...

j or ji : haha..kuasa org2 tua mmg power kan.

lynn : sudah..tp jumpa lmbt lg..masa raya jela.

bruce lee : haha.

jaja : wey nanti aku bgtau.

Sir Marcello said...

berdiari ko ya bulan posa...hehehe..sorry lah lambat nak komen...banyak sangat urusan negara aku nak uruskan menjelang hari raya nie...

dayat said...

Gadis-gadis memang selalulah aku telefon. <--- ayat ni xleh blah.aku miskol pakai num br kang mesti ang igt aku awek mcm awal2 aku kontek ang hr tu.hahahaha