Thursday, December 17, 2009

Kamarau berakhir.

Pemain Vietnam, Mai Xuan Hop,iaitu penjaring gol kemenangan Malaysia menangis sambil terfikir untuk bertukar kerjaya kepada Akauntan Bertauliah selepas tamat perlawanan.
Gambar dirembat secara haram dari Thestaronline.

Kemarau tamat.

Aku mahu mencatat dan mengabadikan detik indah, manis, romantic, dan bersejarah ini di dalam blog ini.

Lebih kurang pukul 7.56 malam tadi atau dalam kata lainnya lagi beberapa minit Maghrib nak habis, skuad bolasepak bawah 23 tahun Malaysia menamatkan kemarau 20 tahun memenangi kejuaraan bola sepak utama.

Jaringan pada minit ke 84 memastikan pasukan Malaysia menang pingat emas acara bola sepak lelaki untuk Sukan Sea yang diadakan di Laos. Pasukan perempuan tak apa. Kena belasah dengan pasukan lain pun aku tak marah.

Sebagai seorang peminat bolasepak, aku gembira atas kemenangan ini. Walaupun aku suka mengkritik, mengutuk, mengeji, menghina, mencaci dan perkataan yang sewaktu dengannya kepada scenario bolasepak Malaysia, di sebalik kata-kata itu dan jauh di lubuk hati sudah tentu aku mahu pasukan bolasepak Malaysia menang.

Tahniah kepada mereka yang berusaha memenangi pingat tersebut. Aku dan 27 juta lagi rakyat Malaysia, tidak termasuk mat-mat Bangla dan geng-geng Pati yang lain, tahu bahawa pemain-pemain bermain separuh mati untuk kemenangan.

Secara kasarnya, Vietnam menguasai separuh masa pertama dan pada waktu itu, honestly aku fikir Malaysia akan kalah.

Tidak tahu apa yang K. Rajagobal beritahu di bilik persalinan, mungkin ada yang kena tempeleng, Malaysia mula bermain bolasepak dengan cara yang betul bermula pada minit ke 55. Permainan Malaysia baik dan menekan Vietnam sehingga mereka tension. Ini terbukti apabila penjaga gol Vietnam berlakon ala ala Fizz Fairuz dalam drama Nur Kasih. Aku rasa lepas ini pasti saudara Kabir Bhatia sudah berjumpa ‘pelakon’ beliau yang baru.

Vietnam cuba untuk mengganggu flow pasukan Malaysia. Tetapi semua itu tidak berjaya mematahkan semangat pemain Malaysia. Atas semangat 1Malaysia 1Bolasepak, Malaysia menjaringkan gol pada minit ke 84. Terima kasih diucapkan kepada pemain Vietnam yang menjaringkan gol sendiri.

Pada minit ke 96, pengadil meniupkan wisel untuk memberikan kegembiraan kepada seluruh rakyat Malaysia. Geng-geng FAM ada cerita untuk diceritakan selepas ini. Pasti wajah mereka tersenyum bangga, padahal urus perjalanan liga pun tak pandai.

Tahniah sekali lagi kepada pasukan bolasepak bawah 23 tahun atas pingat emas yang cukup berharga itu. Mereka punya sesuatu yang sudah lama tiada dalam bolasepak Malaysia.

Semangat juang.

Tetapi aku berharap ini bukanlah kali terakhir Malaysia menang. Aku harap ada lebih banyak lagi kemenangan untuk bolasepak Malaysia.

InsyaAllah..

9 comments:

armouris said...

tahniah Malaysia!! hati-hati jangan tercedera semasa bermain bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

AkuBukanSOFIAJANE said...

pemain badrol bakhtiar tu adik kepada khabir bakhtiar kew? sila jwb persoalan saye.hehe.

selepas ni sokonglah msia.lupekan ARSENAL ;P

MUNIRA AZME said...

suka-suka dengan post nie..good job!! anyway Hoorey Malaysia..Malaysia Boleh!!

Anonymous said...

haha... mcm n la malaysian..
ade certain people tu bnyak pulak alasan die xnak terime m'sia dh menang.. own goal lah, menang tipis lah, luck.. sigh, cube la patriotik sket.. cheer 4 m'sia ('-')

Eireen Camelia said...

kahkahkah mesti peristiwa tragedi seperti ini mnghantui seumur hidup player vietnam tu.. kena hukum tembak agaknya nanti.. hahahaha

Bert said...

"Vietnam cuba mengganggu flow pasukan Malaysia"

setuju 100percent, lg2 tang keeper die..nak je aku gergaji lengan die tu..

Sir Marcello said...

tapi Malaysia cuba bermain keji bila dah dapat gol...tapi takpa...chelsea pun men camtue gak..hahaha

aku suka badrol tue...zaquan tak best :P

dayat said...

jep juga pernah jadi pemain handalan sekolah.beliau pnh mengalami kecederaan serius iaitu patah tgn akibat di terjah keras oleh musuh beliau.jep telah berehat selama 2 bulan lamanya sblm kembali ke arena padang bukit nasah, gerik.sekian ulasan ala2 hasbullah awang.

jeffry azizi jaafar said...

armouris : yeah.tahniah utk mereka.

afni : beh kurg a,u.haha..
arsenal tetap di hati i.kalau nk skong pn i sokong team tnb kelantan. :)

munira azme : ehem..igtkan suka orgnya skali,hehe..just kidding!

anonymous : u r rite..tp sy cuma luahkan pendapat saya.hmmmm..

eireen : dah tentu.silap2 kena sula!

bert : ya bert.aku nak kapak tgn dia.

bruno : ish suka lelaki.gay kah?

dayat : fuh ada iras2 hasbullah awang la dayat.aku tau hg ada bakat terpendam dlm bidang ni..haha..