Thursday, October 21, 2010

Pangkor.

"Pulau Pangkor terkenal dengan pantai yang cantik. Teluk Nipah sangat popular di kalangan pelancong Eropah. Kualiti Pantai Pasir bogak adalah yang terbaik berbanding tempat lain di pulau tersebut. Pasir berwarna coklat keemasan, hampir menyamai pantai-pantai terkemuka di tempat lain" - Wikipedia.

Kenapa tiba-tiba aku menulis fasal Pulau Pangkor?

Esok pagi aku akan 'bercuti' ke pulau tersebut. Ia adalah aktiviti terakhir aku dan rakan-rakan sekuliah sebelum menamatkan pengajian di peringkat 1st degree ni. Program ni digelar "Bon Voyage".

Asalnya aktiviti "Bon Voyage" ni adalah ke Sabah.

Sabah?

Ya Sabah yang terkenal dengan hot chicks yang gemar memakai hot pants tu. Tapi ura-ura nak ke Sabah terpaksa dibatalkan atas sebab yang aku pun tak tahu. Tapi aku syak masalah bajet adalah punca ia dibatalkan. Pihak universiti tak mampu menanggung kos ke Sabah.

Tak mampu menanggung? Fuck off. Mencantikkan pos pak guard boleh pula? Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, kos mencantikkan pos pak guard dianggarkan bernilai RM800 000. Apa jadah sampai banyak tu? Sudah lah sesetengah pak guard ni berperangai celaka.

Bangunan yang asalnya RM 2 juta, disebabkan kebangangan dan kebengapan pihak atasan, jadi lebih kurang RM 8 juta. Amacam? Celaka tak pihak pengurusan universiti aku ni?

***

Ok, biarkan mereka yang bangang itu.

Jadi esok kami semua akan bertolak ke Pulau Pangkor untuk bercuti dan berehat selama beberapa hari. Kamu yang sedang bekerja, kerjalah rajin-rajin ya. Rakan-rakan yang sekarang ni dalam preparation untuk final, pulun study ya, jangan pulun Facebook sangat. Aku dan rakan-rakan dari Fakulti Perniagaan nak ber'enjoy' di sana, dengan gadis-gadis dari course Human Resource.

Jika ada kelapangan, parti buih juga akan dianjurkan.

Ya, parti buih. Hoo yeahhhh!

Sunday, October 17, 2010

Pegawai.

Lelaki berkerjaya memang sibuk. Hari Sabtu pun kena pergi kerja. Jadi gadis-gadis jangan salahkan buah hati kamu jika mereka tak boleh ber-dating dengan kamu pada hari Sabtu. Mereka kena masuk pejabat untuk mencari duit supaya cepat kahwin dengan kamu. Kalau nak kahwin cepat, bilang sama ibu kamu bahawa hantaran cuma RM2000-RM3000 saja. Tak payahlah ikut adat sangat, yang sememangnya menyeksakan kaum-kaum lelaki Melayu di Malaysia ni.

Dalam hal kena pergi kerja hari Sabtu ni, aku pun tak terkecuali.

Hari Jumaat minggu lepas adalah hari terakhir aku internship. Hari Sabtu aku sudah dapat kerja. Jawatan pegawai. Amacam? Laju tak?

"Bangun-bangun, pergi kerja," kejut mak. Aku tengok jam. Ah, awal lagi. Baru pukul 7 pagi. Apa guna jawatan pegawai masuk kerja pukul 8 kan? Otak aku ligat berfikir, dan aku ambil keputusan untuk sambung tidur sampai pukul 8.

Tapi tak jadi juga bangun pukul 8. Aku bangun pukul 8.30 pagi juga akhirnya.

Usai bangun, aku bersiap nak ke tempat kerja. Selain aku, adik aku juga ditawarkan jawatan pegawai di tempat yang sama. Aku kejut adik aku yang sememangnya lewat bangun tu. 7 kali kejut, baru bangun. Sebagai abang mithali, aku tak jadi nak kejut style pakai seterika panas.

Sebagai rakyat yang menyokong Gagasan 1Israel, eh silap, Gagasan 1Malaysia yang aku tak nampak apa pun kesannya lagi, aku mengamalkan langkah berjimat cermat. Kami berdua naik satu motor ke tempat kerja yang sama. Jimat. Dan rokok pun aku jimat juga.

"Bak rokok sebatang," kata aku sambil paw rokok adik aku. Jimat kan?

Sampai di tempat kerja, aku nampak manager dan assistant manager tengah buat kerja. Aku syak depa sampai pukul 7.30 tadi. Nasib baik kami sampai on-time, pukul 9.

"Hah, pi ambik semai tu, tulung koyak. Orang nak menanam ni. Lepaih tu, tarik semai-semai kat hujung sana, tarik bawak mai sini," arah assistant manager, mak aku.

"Cilake, kerja jawatan pegawai pun kena arah-arah macam ni. Sia-sia jawatan pegawai bendang macam ni," getus aku dalam hati sambil membetulkan topi. Panas juga rupanya kerja di sawah padi ni.

Thursday, September 9, 2010

Lebaran di perantauan.

Hari ini adalah hari terakhir Ramadhan pada tahun 1431 Hijrah. Usai kelas, aku terus pulang. Jam menunjukkan pukul 1650BST. "Hmm, sudah hampir waktu berbuka," kata aku dalam hati.

Di Dublin, waktu berpuasanya panjang. 16 jam. Mula-mula agak lama juga aku rasakan 16 jam itu. Tapi lama-kelamaan, aku sudah terbiasa.

Aku pantas menghayun kaki pulang ke rumah sewa. Dalam perjalanan pulang ke rumah sewa, aku melalui beberapa buah kedai makanan halal seperti Restaurant Uncle Yusoff, Zaytoon dan Momo's Kebab House. Tapi satu kedai pun aku tak singgah. Almaklumlah, duit tajaan perlu digunakan sebaik mungkin.

Di sini, terdapat ramai pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Universiti Dublin. Mereka belajar di bidang-bidang kejuruteraan, sarjana perniagaan dan aku pula di Sekolah Perubatan.

Sampai saja di rumah, aku letak beg di tepi. Aku merehatkan tubuh dengan berbaring di atas toto yang aku bawa dari Malaysia.

Sambil melihat kipas yang ligat berpusing, aku merenung kembali kisah aku yang sudah 6 tahun tidak beraya di Malaysia. 6 tahun adalah satu jangkamasa yang lama. Tapi apakan daya, demi cita-cita, aku teruskan dan tabahkan hati juga berdikari di tempat orang.

Esok 1 Syawal. Tiada apa yang berubah dalam rutin hidup aku di sini. Cuma esok kelas pagi dibatalkan. Pihak universiti bermurah hati memberi pelepasan untuk pelajar-pelajar Islam di sini menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Pelajar-pelajar Malaysia macam aku, akan berhari raya di Kedutaan Malaysia yang terletak di Shelbourne Road, untuk sekurang-kurangnya melepaskan rindu kepada keluarga.

Aku mengiring ke tepi. Tiba-tiba terpandang gambar keluarga yang sekarang sudah tentu bersiap untuk menyambut Aidilfitri. Hati aku menjadi sayu. Aku ambil gambar dan dapat aku rasakan manik-manik jernih meluncur perlahan-lahan di muka aku. Aku rindukan mereka!

Penggera telefon aku berbunyi, menandakan sudah sampai waktu untuk berbuka. Aku bangun ke dapur, berbuka dengan kurma dan segelas air suam.

Selesai berbuka, aku ambil wudhu' dan membentangkan sejadah. Sesudah sembahyang, aku menadah tangan kepada-Nya dan berdoa agar aku diberi kekuatan menghadapi dugaan hidup dan moga-moga dosa aku diampunkan..

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf Zahir dan Batin kepada mak, abah dan keluarga; sanak-saudara dan sahabat-handai. Ingatlah aku yang sedang berjuang di perantauan ini!

Ikhlas,
Jeffry Azizi, pelajar tahun akhir, Sekolah Perubatan, Universiti Dublin, Ireland.

:P

Wednesday, September 8, 2010

30 Ramadhan 1431 Hijrah.

Hari ni adalah 30 Ramadhan 1431 Hijrah. Hari terakhir berpuasa untuk tahun ni. Esok, kehadiran 1 Syawal pasti disambut meriah.

Aku akui, ibadah puasa tahun ini tidak sempurna, dan tidak menyambut Ramadhan dengan ibadah-ibadah sunat seperti Terawih yang sepatutnya.

Aku banyak berdosa kepada-Nya dan sepatutnya Ramadhan ini aku sambut dengan berusaha mengimbangi dosa-dosa tersebut. Aku harap Tuhan memaafkan aku dan memberi kesempatan untuk aku bertemu Ramadhan untuk tahun-tahun mendatang.

Ampunkan aku Tuhan.

Selamat menjalani puasa terakhir untuk tahun ini sebelum kita semua menyambut kedatangan Syawal.

Cabaran apabila 1 Syawal hampir menjelma.

Jeffry adalah seorang pelajar semester akhir sebuah pusat pengajian yang sekarang sedang internship di sebuah tempat rahsia.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, yang mana para peniaga menjual pakaian-pakaian untuk dibeli di bazaar, ekspo, pasar malam atau perkataan yang sewaktu dengannya, Jeffry pun terdetik di hati mahu angkat baju atau seluar jeans dalam sehelai dua.

Tempat yang mahu dikunjungi Jeffry adalah Juru dan Perda Bukit Mertajam. Beberapa hari lepas, selepas berbuka puasa, Jeffry, adiknya, seorang kazen-nya dan seorang lagi rakan mereka menaiki sebuah kereta yang digelar Kereta Kebal untuk ke destinasi.

Adapun digelar Kereta Kebal, tapi kereta buatan Malaysia itu sungguh mudah dented hatta terkena tayar motosikal sekalipun.

Berbalik kepada niat suci murni Jeffry, sesampainya saja di Juru, mereka terus pergi ke sebuah khemah jualan barang-barang sebuah supermarket, bukan mereka ke kelabing yang terdapat di situ. T-shirt dan shirt yang dijual memang menyelerakan dan memenuhi citarasa Jeffry yang sememangnya bercitarasa tinggi.

Yang peliknya, walaupun baju-baju tersebut kelihatan segak bila disarungkan oleh Jeffry yang sememangnya kacak dan gagah, beliau masih lagi tidak mahu membeli. Akhirnya, kawannya pula yang beli t-shirt di situ.

Selesai di Juru, mereka bergerak ke destinasi bajet seterusnya. Perda yang terletak di bandar milik pendatang asing, iaitu Bukit Mertajam.

Cabaran mengusya baju di bazaar Perda memang mencabar pada malam tu. Kalah cabaran mengayat gadis sekelas. Bazaarnya panjang sampai tak larat mahu berjalan, dipenuhi pula umat manusia yang semuanya berniat mahu membeli-belah.

Jeffry dan rakan-rakannya membuat dua kali tawaf di bazaar tersebut. Tawaf pertama mengusya-usya baju dan usya gadis-gadis sekali, tawaf kedua pula terus beli. Sekali lagi, bukan Jeffry yang beli. Kazen-nya yang beli jeans Siam sehelai dan kawannya pula yang beli.

Jadi, acara berjalan-jalan ke bazaar pada malam itu diakhiri kekecewaan pada Jeffry. Jeffry bertekad mahu membeli juga baju untuk ditayang pada orang kampungnya, sebelum Aidilfitri menjelma tahun ini.

Ok, mari kita analisis sebab apa Jeffry tak beli-beli juga baju walaupun berjalan bagai nak rak.

Jeffry adalah lelaki kacak berketinggian 149 sentimeter dan mempunyai berat badan 50-51 kilogram. Walaupun Body Mass Indexnya normal, tapi Jeffry adalah seorang yang kurus. T-shirt yang dicubanya semua besar-besar belaka. T-shirt berjenama yang bersaiz S pun tidak berapa padan dengannya.

Oleh itu, Jeffry telah menetapkan misi tersendiri ketika bulan Syawal tahun ni. Jeffry mahu makan sebanyak mungkin, supaya badannya yang ada tatoo harimau tu jadi berisi sedikit. Tak adalah Raya tahun-tahun depan susah lagi nak cari baju, ye tak?

Jadi, sesiapa yang membuat open house tu, jangan malu-malu menjemput Jeffry. Beliau sedia hadir undangan kamu, dengan syarat duit raya paling kurang pun bernilai not RM50 terselit dalam sampul. :P

Monday, September 6, 2010

Dialog Ramadhan.

Tahun ni punya Terawih, sekali pun aku tak pernah buat lagi. Mak pula boleh kata hari-hari bagi ceramah kesedaran percuma, suruh aku pergi Terawih. Jadi satu malam tu aku dengan niat suci, bersiap nak ke Terawih. Dah siap, aku bagi tahu mak.

"Mak, ni nak ke surau ni," kata aku pada mak.

"Haa, iyala," balas mak.

"Tu jalan nak ke surau ingat lagi dak? Maklum la dah lama sangat tak ke surau," gurau mak sambil senyum.

*
*
*

Fuhh, pedih juga kena ayat separa maut macam ni.

Wednesday, September 1, 2010

Diari Ramadhan saya # 3.

Satu hari di bulan Ramadhan..

***

Hari tu lauk berbuka memang power. Macam-macam ada bak kata iklan Astro yang super kapitalis tu. Ikan keli bakar, ayam goreng, lauk bermacam-macam, kuih-muih pelbagai jenis dan yang penting air 2-3 macam. Yang penting cendol ada. Hari tu Mak Su dan keluarga, Pakcik Zulkarnain sekeluarga dan family aku berkumpul di rumah atuk. Berbuka puasa dan rancangannya mahu berjemaah Maghrib, Isyak dan Terawih lepas berbuka.

Lepas saja azan dan bacaan doa berbuka, aku sumbat segala jenis yang terhidang masuk dalam perut. Aku belasah cukup-cukup. Dengan baju kerja tak sempat buka, aku terlentang. Sepupu-sepupu aku yang masih kecil ambil mercun bawang masing-masing dan keluar rumah. Judin, Anis, Irfan dan Nabil aku tengok main mercun cukup seronok. Paksu Badli aku tengok dah ambil port baik punya sambil nyalakan rokok.

Aku dan Mijoi juga tak terkecuali ambil rokok dalam kereta. Lepas nyalakan rokok, dia hilang entah ke mana.

Aku pula kepit rokok kat mulut dan nyalakan rokok.

*
*
*

Aku cuba sedut asap. Tapi tak keluar-keluar. Rasa pula rasa macam nak mencarut-carut. Sekali aku tengok, rupa-rupanya rokok tu terbalik. Yang sepatutnya aku kepit adalah bahagian filter rokok. Tapi yang aku kepit adalah bahagian hujung rokok tu. Patut la rasa dia celaka semacam.

Aku memaki hamun diri sendiri. Inilah akibat hisap rokok dalam gelap.

Mungkin juga inilah yang dipanggil fadilat Ramadhan.

Tuesday, August 31, 2010

Diari Ramadhan saya # 2.

Satu pagi bulan Ramadhan..

Hari tu, kami ada misi penting. Projek besar punya. Kalah projek Empangan Bakun yang dari dulu, sampai la ke sekarang ni tak siap-siap lagi. Misi ni berkaitan dengan maruah.

Aku, Syukri dan Mijoi get ready dengan kapak. Kami gerak ke tempat yang kami dah sorok batang meriam semalam. Di kampung aku, meriam buluh memang tak ada orang main. Aku pun tak main juga. Bukan apa, nanti letupan dia yang power tu, boleh pecah buluh tu. Aku nak rasa keseronokan main meriam, dan nak rasa keseronokan berhari Raya juga. Jadi aku pilih jalan selamat. Pakai meriam paip simen.

Sebagai ketua pasukan, aku bagi arahan.

"Hah Kue, potong kasi pendek sikit paip ni," arah aku.

Syukri potong kasi pendek sikit. Bertenaga sungguh, macam orang tak puasa. Semalam masa ambil paip tak sempat potong. Takut tak sempat nak potong, dah kena kejar dengan orang kampung.

Bila dah potong, kami ke kedai. Karbaid 5 kupang, minyak tanah seringgit. Kami letak meriam di belakang rumah.

Lepas berbuka, aku cepat-cepat ke belakang rumah. Kami setting meriam. Aku letak bata di bahagian depan meriam, kasi tinggi sikit. Bahagian belakang meriam, aku lapik dengan papan. Meriam tu kami halakan ke kampung sebelah. Kasi budak-budak kampung sebelah panas.

Nak main meriam ni, seni tu kena ada. Macam main bola juga. Kena ada seni. Sebab tu kelab-kelab bolasepak yang kuat macam Arsenal main bola dengan penuh seni. Campuran antara karbaid dengan air tu perlu mantap dan padat. Baru letupan meriam tu berkuasa. Aku masukkan 2 ketul karbaid dan air sikit dalam tin Milo tu. Lepas tu, sumbat dalam meriam tu. Bila dah berbunyi "hisss" tu, tu maknanya karbaid tu dah larut dengan secukup rasa.

Bila dah macam tu, aku celup hujung batang buluh kecil ke dalam minyak tanah. Lepas tu bakar dengan api pelita. Aku halakan api tu lubang tin Milo.

"KEBABOOMMMM!!"

Tu dia. Mantap dan lemak berkrim bunyi letupan dia. Aku pasti, budak-budak kampung sebelah pasti jaki dengar bunyi tu.

Tak lama lepas tu, terdengar bunyi meriam budak kampung sebelah.

"Kecepesss......"

Tak ada fight langsung budak-budak kampung sebelah ni main meriam. Tak ada seni.

Kami get ready untuk letupan kedua. Dalam duk nak ambil karbaid tu, tiba-tiba..

"Woi budak-budak! Tak ada kerja ka hah! Ni cucu aku nak tidur ni!" jerkah Makcik Joyah Spot sebelah rumah aku, sambil keluar rumah.

Aku lari ambil basikal. Mijoi duduk seat belakang. Syukri pula lari masuk bendang.

Tuesday, August 17, 2010

Diari Ramadhan saya.

Apa beza diari bulan Ramadhan aku dan bulan bukan Ramadhan?

Aku rasa takda beza. Err..Kecuali waktu tengah hari bulan Ramadhan aku tak boleh makan nasi.

Ehem.

Aktiviti malam, tetap sama. Cuma cara dia lain sikit. Lepas buka puasa, aku mandi dan siap-siap macam orang nak ke Terawih. Pakai kain pelikat, baju-t dan kopiah. Songkok hitam? Rasanya setahun dua kali aku pakai. Waktu raya Aidilfitri dan raya Aidiladha. Lepas tu aku start motor. Nak bawa motor ni pun kena ada skill dan seni juga bang. Di rumah aku sekarang ada 4 buah motor. Jadi untuk kesenangan, aku akan pilih motor yang banyak minyak.

Aku tunggang motor arah ke surau. Jalan kampung aku macam biasa, memang superb kondisinya. Makcik-makcik selalu jalan kaki ke surau, jadi aku kena hati-hati, nanti terlanggar payah pula.

Sampai surau, aku tak belok terus ke surau. Aku ke depan sikit lagi. Ada jambatan yang ada blok besar. Rakan-rakan dah lama tunggu. Tempat tu memang nikmat bila lepak malam-malam. Boleh duduk atas blok, hisap Surya sambil ditemani lampu jalan. Lampu jalan tu pun adalah yang kedua sepanjang jalan di kampung aku ni. Sungguh prihatin pihak pemerintah negeri aku ni.

Bila cousin merangkap rakan aku yang paling lembab bersiap sampai, kami gerak ke port seterusnya. Sama ada pusat sukan snuker, kedai minum yang ada buka channel HBO atau ke tepi pantai ambil angin malam.

Di kedai minum yang jadi feveret aku, pakcik-pakcik yang sampai awal tangan depa ni gatal. Gatal nak tambah isteri tu satu hal, tapi gatal tangan ni boleh buat orang lain rasa nak terbalikkan meja. Tak boleh duduk diam. Sat-sat tukar channel gusti, sat-sat tukar channel drama Melayu. Padahal channel HBO tu cukup sedap tunjuk cerita Inglourious Basterds hasil lakonan mantap Brad Pitt dan Diane Kruger.

Last sekali depa stick kat channel gusti. Lepas tu tengok dalam keadaan teruja, sambil buat reaksi tangan naik ke atas.

"Ni yang aku kecewa tengok orang Melayu kita ni", kata Syukri, cousin aku yang lembab tu. Tapi bab makan dia boleh laju pula. Licin bihun sup semangkuk. Aku pun hairan.

"Hah, kenapa?", aku balas.

"Senang sangat kena tipu", katanya lagi.

"Kena tipu macam mana?", aku balas sambil menyalakan Surya sebatang.

"Tengok gusti pun boleh tertipu. Padahal tu semua lakonan saja.."

Aku tenung muka Syukri. Meja aku karate.

Saturday, August 14, 2010

Semangat.

Masuk saja bulan Ramadhan ni, semangat yang datang meresap masuk dalam jiwa dan badan aku ni bukan main hebat. Meluap-luap semangat dia. Semangat dia ibarat time ahli politik bagi ceramah kepada orang-orang kampung masa dekat-dekat nak pilihan raya. Lebih kurang macam tu lah.

1 Ramadhan

Hari pertama puasa. Balik saja rumah, terus aku pergi bazaar dan beli makanan mana yang patut. Masuk waktu berbuka, nasi aku tibai cukup-cukup. 2 kali tambah. Lepas tu pekena cendol. Bila dah habis makan tu, mata aku jadi layu. Mula lah mengantuk.

Tapi atas dasar semangat punya pasal, aku pun usaha celikkan mata.

Sebab apa aku usaha nak celikkan mata?

Sekarang ni aku tengah menyiapkan satu research proposal yang dateline-nya sudah terlepas. Jadi aku pun kalut la nak siapkan proposal ni supaya lulus dan ke next step pula. Dalam nak menyiapkan proposal ni, pembacaan sumber-sumber yang kukuh tu penting contohnya previous research dan jurnal.

Tang baca jurnal ni yang aku lemah sikit.

Ok kembali ke cerita di atas.

Lepas berbuka aku pun baring-baring sambil tengok berita dan berazam konon-kononnya nak baca jurnal lepas habis berita.

Kemudian suasana senyap.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Aku tertidur rupa-rupanya. Aku terjaga pukul 10.30 pm lepas mak dan abah balik dari Terawih. Tak tunggu lama, aku bangun masuk ke bilik, dan sambung balik tidur tadi.

Tak cukup power macam ahli politik punya semangat lagi rupanya aku ni.

Wednesday, August 11, 2010

Bazaar Ramadhan dan Fida.

Sempena bulan Ramadhan ni, kilang tempat aku internship ni kasi balik awal. Awal tak awal sangat la, 5.30 p.m. Jadi semalam lepas saja balik, aku tukar baju dan terus ke bazaar Ramadhan berdekatan, tak lain tak bukan bazaar Ramadhan Tanjung Piandang.

Zaman aku kecil dulu, bazaar Ramadhan ni boleh tahan stailo-nya. Pembeli ramai. Jadi bila banyak demand, supplier-nya (peniaga) pun ramai. Macam-macam makanan ada. Nampak havoc.

Semalam, bazaar ni dah tak havoc macam dulu-dulu. Pembeli makin kurang, dan peniaga pun makin kurang. Budak-budak zaman sekarang rugi sebab tak sempat nak merasa ke-havoc-kan bazaar Ramadhan ni. Mungkin pembeli lebih prefer bazaar Ramadhan Parit Buntar yang aku kira lebih stailo dan havoc, sampaikan nak berjalan sampai ke hujung pun dah tak larat. Jalan sampai setengah bazaar dan balik.

Jadi disebabkan tahun ni adalah first time aku berbuka dengan family di kampung setelah bertahun-tahun asyik berbuka puasa di tempat orang, aku mengidam sangat nak makan murtabak. Sampai saja bazaar Tanjung Piandang, aku usha dulu mana yang patut.

Aku beli cendol 2 bungkus. Puding 4 ketul. Kenapa aku kata bazaar kat sini sudah tak havoc?

Yang jual cendol cuma ada budak tu sorang saja. Yang jual murtabak 2 orang. Aku pergi tanya peniaga murtabak pertama, sudah habis. Kemudian aku pergi ke peniaga yang kedua. Orang tak adalah ramai mana beli, tapi lembab sungguh dia nak buat muratabak tu. Lepas dapat beli, aku bayar dan balik rumah.



Err..Layan Epilog Syurga Cinta.

Notakaki : Rafidah Ibrahim atau Fida ni boleh tahan cute kan?

Tuesday, August 10, 2010

Kedatangan Ramadhan.

Firman Allah S.W.T,

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa" - Surah Al-Baqarah: 183.

Bulan Ramadhan adalah bulan untuk menunaikan ibadah puasa bagi umat Islam. Di permulaan firman di atas telah tertulis perkataan "orang-orang beriman" dan diakhiri dengan "orang-orang yang bertaqwa", yang mana membawa erti puasa adalah berkaitan dengan keimanan dan ketaqwaan.

Setelah meng'Google' sebentar tadi, dapatlah sikit-sikit kebaikan atau hikmah berpuasa ni. Dari segi kesihatan, antara fakta yang aku tertarik adalah mengenai toksin dalam badan. Berpuasa mampu membuang toksin di dalam badan. Ini adalah fakta yang menarik tambah-tambah seorang perokok macam aku ni.

Untuk membaca lebih mengenai hikmah berpuasa ni, klik sini.

Dan ini pula untuk memberi sedikit perangsang.

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasa'i dan Al-Baihaqi, dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.."

Semoga kita beroleh rahmat dari Tuhan di bulan yang mulia ini.
InsyaAllah.

Selamat berpuasa. :)

Friday, August 6, 2010

Keluarga.

Semua orang ada keluarga.

Hari ni aku kerja half-day sebab kena pergi Arau bumi tercinta. Perlu tunjuk update research proposal supaya boleh lulus dan pergi ke next step dalam research ni. Sampai rumah, aku terus on laptop,charge mp3 dan tulis apa yang patut untuk jumpa pensyarah esok.

Tapi bukan yang ni aku nak cerita.

Aku nak cerita perihal 'keluarga'.

Dalam keluarga aku, kami ada 4 orang adik-beradik. Semuanya lelaki, yang mana bila aku dah besar ni baru aku tau betapa susahnya jika tak ada anak perempuan dalam sesebuah keluarga. Maksudnya di sini, hal-hal kerja rumah semua mak aku sorang yang tanggung. Jiran-jiran mula bergurau sebab kami 4 orang ni dah besar panjang.

"Bila nak tambah ahli perempuan dalam rumah ni?"

Kalau ikut hati, mahu saja aku jawab, "Apakata makcik bagi dalam 16 ribu buat modal kahwin saya?"

Sambung balik perenggan yang mula-mula tadi. Bila abang aku yang sulung, yang mana kami panggil dia Abang dan yang kedua (kami panggil Memen) balik masjid, mak ajak kami semua makan sekali. Abah balik lambat sikit, tapi tetap sempat juga untuk makan sekali. Tapi Abang tak join sekali sebab aku rasa dia dah kenyang. Mungkin dia dah makan sebelum pergi masjid tadi sebab dia ponteng kerja hari ni.

Usai makan, aku keluar rumah. Tempat aku lepak tu boleh nampak dapur.

Dari situ, aku nampak Abang, Memen, mak dan abah bersembang. Mesra. Aku tersenyum dalam hati.

Bukan senang keluarga aku boleh berkumpul makan tengah hari sekali. Aku duduk di Arau tahun-tahun sebelum ni. Memen bekerja di Kuala Lumpur setahun yang lepas. Adik aku (kami panggil Mijoi) air force di kem Butterworth. Jadi yang tinggal di rumah cuma Abang, mak dan abah.

Pernah sekali, dalam satu period tu, semua kami 4 orang tak menetap di rumah. Abang belajar di Ipoh, Memen belajar di Pahang, aku di Arau dan Mijoi training 6 bulan air force di Ipoh. Aku tahu, mak selalu menangis bila teringatkan kami. Bila kami cuti dan balik kampung, dan bila nak ke tempat belajar atau kerja kami semula, mak akan peluk dan cium kami. Aku selalu tengok mak macam nak menangis. Itulah betapa mulianya seorang ibu. Aku pasti ibu-ibu kamu di luar sana pun macam tu juga.

Kepada Abang, Memen dan Mijoi, aku tahu kamu tak baca blog ni sebab kamu tak tahu aku tulis blog. Tapi ketahuilah bahawa aku sangat gembira ada adik-beradik macam kamu dan keluarga kita.

Aku harap hubungan keluarga makin rapat dan berkekalan sampai bila-bila.

Wednesday, July 28, 2010

Cut Tari dan internship.

Pukul 6.30 pagi, handphone aku memekak. Macam biasa, aku akan snooze sampailah jam 7 pagi. Tengok saja pukul 7,aku gelabah bangun. Mak macam biasa bagi "ceramah kesedaran sivik" sebab bangun lambat. Masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Habis cerita.

Usai mandi, aku bersiap. Bila dah siap dan yang penting, kacak bergaya, aku menunggang sebuah mesin yang boleh bergerak, yang digelar motorsikal. Motorsikal adalah sejenis kenderaan yang mana dalam geran Jabatan Pengangkutan Jalan tertera perkataan "Hak Milik Persendirian". Motorsikal juga mempunyai dua tayar. Dengan adanya dua tayar ni, motorsikal mampu membawa aku ke tempat kerja yang digelar kilang.

In English, it is called 'factory'.

Seterusnya, aku akan singgah kedai bertentangan dengan BH Petrol untuk membeli nasi lemak dan kalau rajin nak baca pasal berita klip video lucah Ariel 'Peterporn' dan Cut Tari, aku beli sekali tabloid paling menipu, Metro.



Semua orang kenal. Kalau tak kenal, maknanya tak pernah baca Metro. Mesti baca Harakah tiap minggu.

Lebih kurang 7.50, aku akan sampai opis.

Aku hairan. Seorang pun staff belum sampai lagi. Tapi lama-lama aku tak jadi hairan dah. Aku tahu aku antara yang pertama sampai ke opis. Kalau perkara ni berterusan, nanti bila ada anugerah pekerja cemerlang, aku mahu cadangkan nama aku sendiri.

Lepas pekena rokok sebatang, aku masuk opis. Aku tanya budak receptionist kat sebelah, "Bos datang pukul berapa?"

"Bos datang pukul 10", balasnya.

Tanpa perlu disuruh, aku tarik beg dan jadikan alas tidur.

Saturday, July 17, 2010

Filem Me'layu'.

Ana Dahlia. Gambar dicilok secara haram.

Semalam aku dan lagi 3-4 orang pergi buat aktiviti tak bermoral dan tak berfaedah. Kami ke Jitra untuk menonton wayang. Aku tak adalah rasa excited sangat. Rasa biasa-biasa saja. Konon-konon nak tengok Ip Man. Tapi hasil risikan sebelum pergi, Ip Man punya tayangan sudah habis untuk semalam. Jadi yang tinggal filem Mantra (Melayu) dan Ong-Bak (Siam mari). Jadi daripada menonton Mantra, lebih baik tonton Ong-Bak sebab cerita Melayu ni tipikal-nya sangat celaka filem-nya, even aku syak Ong-Bak juga tak sedap cerita-nya.

Jadi kami pun meredah angin malam yang sejuk sampai ke tulang rusuk tu. Sampai saja Jitra, Ong-Bak tinggal lagi 3 seat. Jadi mahu tidak mahu, terpaksa menonton Mantra. Sumpah kalau kami datang ke Jitra dengan kereta, aku akan ajak semua balik ke Arau semula. Tapi sebab naik motor, sudah alang-alang, terpaksa juga tengok.

Sangkaan aku tepat. Macam celaka itu movie. Walaupun aku ni tak adalah tahu sangat pasal aspek-aspek seni atau teknikal sesebuah movie, tapi aku tahu movie tu memang tak sedap. Rugi duit beli tiket. Lagi baik aku beli Dunhill 20.

Nasib baiklah gadis dalam itu movie boleh tahan seksi. Ditambah pula dengan gadis-gadis yang datang ke Jitra malam semalam boleh tahan georgeous. Tak adalah rugi sangat datang jauh-jauh kan?

Saturday, March 27, 2010

Tapi apa kaitan Toyota Prius dengan Rozita Che Wan?


Rozita Che Wan. Mengancam lagi kan?

Sudah agak lama tak tulis blog. Malas itu satu hal, dan lagi satu tiada idea untuk menulis. Asyik-asyik menulis komen di Facebook saja.

Semester ini, aku perlu cari tempat untuk internship. Serabut juga mahu cari. Tapi kalau ikut plan, mungkin mahu buat internship di area rumah aku saja. Masa internship period nanti, aku kena buat research sebagai satu syarat untuk lulus internship. Jadi kena berulang-alik ke Perlis untuk tunjuk update research kepada lecturer yang take charge. Hmm, pening juga.

Lagi 2-3 minggu, aku kena hadapi final exam. Semester ni paling messy dalam sejarah aku belajar. Kelas memang banyak aku skip, tak macam semester-semester sebelum ni, aku rajin ke kelas. :) Assignments memang bertimbun. Semuanya unorganized, termasuklah diri aku sekali. Jadi start Isnin ni, aku kena mula berubah. Tapi tiap-tiap minggu aku nak berubah, akhirnya aku skip juga. Haih.

Oklah, aku mahu ke kedai nasi lemak yang paling sedap sekali di Bandar DiRaja Arau ni. Aku tulis semasa Earth Hour. Entah apa-apa Earth Hour ni. Banyak lagi cara nak reduce effect of global warming ni. Setakat buat program macam ni, lepas tu esok lusa hilang la kesedaran pasal perkara ni. Cuba la kerajaan kurangkan sikit cukai kenderaan, lepas tu jual Toyota Prius harga Viva. Barulah green environment. Boleh juga aku beli dan bawa gadis-gadis jalan-jalan ke Kuala Perlis.

Tapi apa kaitan Toyota Prius dengan Rozita Che Wan?

Thursday, February 25, 2010

Entri versi agak panjang : Hutan Batu.


Bukit Broga, Semenyih.
Dari kiri : Tahrizal, Alip Bear dan aku.

Hari Jumaat tu aku naik bas lebih kurang pukul 1 tengah hari. Cuak gila nak naik bas, sebab insiden kemalangan bas express Sani Express dua tingkat tu. Jadi sebelum naik aku baca doa sikit-sikit.

Tak banyak yang aku boleh buat atas bas selain dengar mp3, tidur dan text abang aku. Nak bagitau dia bila agak-agak aku sampai Pudu.

Bas Sri Maju memang tak maju kalau nak dibandingkan dengan Transnasional. Bertolak dari Kangar sama dengan Trans, tapi dekat Sungai Perak bas aku baru sampai, bas Trans dah bertolak balik. Menyesal pun ada beli tiket Sri Maju.

Lebih kurang pukul 8 malam aku sampai Pudu. Dalam sejarah hidup 24 tahun aku hidup, yang ini baru kali ke-3 datang ke hutan batu ni. Sebelum ni datang ada teman. Tapi kali ni solo. Aku pun call Kapten Cabik. Tanya arah nak ke mana.

Hang cari Plaza Rakyat”, kata Cabik.

“Orait,”’ aku balas.

Pehh.. Berpeluh cari Plaza Rakyat. Sampai habis kredit call Kapten Cabik nak tanya mana arah Plaza Rakyat. Nak tanya polis takut nanti dimintanya rasuah ke, mana aku nak cari duit.

Dah naik train tu, aku pun jumpa abang-abang askar. Abang Wan, Kapten Meor dengan Cabik. Kami terus ke Bandar Tasik Selatan. Tunggu rakan-rakan lain datang ambil. Macam biasa orang Melayu bila berjanji memang lambat. Sementara tunggu rakan-rakan yang lain datang, abang aku sampai. Aku plan nak tidur di rumah dia. Lepas tu dia terus pergi masuk kerja. Shift malam.

Tak lama lepas tu, Fikri, Tahrizal, Muhaimin dengan Alip Bear datang. Fikri dengan Alip Bear sudah 7 tahun aku tak jumpa. Lama gila. Fikri memang ngam dengan A. Galak. Plat kereta pun AGK ****. Tak sia-sia Tahrizal gelar dia A. Galak zaman sekolah dulu.

Alip pula memang beruang sejati. Dari dulu memang besar, sekarang maintain besar macam tu juga. Kami melepak di sebuah kedai mamak tak jauh dari stesen Bandar Tasik Selatan.

Kamu boleh bayangkan, 7 tahun tak jumpa rakan-rakan. Kalau budak kecil, sudah masuk darjah 1. Jadi sesi melepak dimulakan dengan bertanya perkembangan masing-masing. Kemudian ke cerita zaman-zaman sekolah. Tak ketinggalan sesi bahan-membahan sesama lain. Pung-pang pung-pang borak. Dayat datang lambat sedikit. Walau macam mana pun, Dayat tetap sempat juga untuk sesi melepak tu. Rokok tak payah keluar. Semua aku rembat rokok mereka. Haha..

Lepas tu aku ke downtown Bandar Tun Razak. Apa jadah jeans Replay RM120. Replay Siam pun RM60 saja. Aku batal niat nak angkat jeans. Lepas tu aku terus ke rumah Tahrizal. Abang-abang askar balik ke Ipoh dengan Fikri. Aku, Alip Bear dan Muhaimin ke rumah Tahrizal. Tidur di situ. Cancel nak tidur rumah abang aku.

***

Sabtu. Pukul 10 pagi Alip Bear memandu ke Sri Kembangan. Dari rumah Tahrizal. Berpeluh tengok signboard. Sudah lah sempat tidur 2 jam saja. Sampai rumah abang aku, aku sambung tidur lagi.

Petangnya ke Bukit Bintang. Jumpa Khairul. Janji nak bawa gadis-gadis sekali. Tapi tak bawa pun. Cilaka. Melepas peluang nak bersosial dengan gadis-gadis. Nasib baik sempat cekik Khairul supaya belanja aku makan.

Aku kelam kabut balik ke rumah abang aku. Malam ini plan mahu ke Shah Alam. Nasib baik aku pakai pas kerja KTM abang aku. So naik train KTM secara percuma dan halal. Bukan apa, nak cari Plaza Rakyat di Pudu pun aku gagal, inikan pula nak beli tiket train. Mana tahu tersalah beli tiket ke Gua Musang atau ke Batu Pahat. Tak ke menggelabah aku?

Aku berdua dengan Tahrizal ke Shah Alam. Sepanjang pemerhatian aku, memang tak salah jalan-jalan di Kuala Lumpur ni traffic jam. Perkhidmatan public transport-nya memang fail. Jadi bila public transport lembab ibarat kura-kura, ramai pilih untuk berkenderaan sendiri dan menyebabkan kesesakan. Agak-agak apa yang Menteri Pengangkutan buat selama ni?

Ok. Berbalik kepada cerita tadi, sampai di Shah Alam, aku berjumpa rakan sebilik masa sekolah. Topek. Memang rockstar habis. Shawn pula memang dari dulu macam tu. “Bakal pekerja kerajaan”, kata Dayat membahan Shawn. Moses datang lambat sedikit. Baru balik ofis. Aku mula imagine macam mana kalau kerja nanti? Tak rock la kena balik malam juga.

Jadi malam tu macam biasa sesi borak pung-pang pung-pang, selang-seli dengan sesi membahan. Paling best membahan Shawn yang tengah pening sebab buat master. Tak ketinggalan aku juga kena bahan sekali. Memang dari zaman sekolah lagi, kami suka membahan sesama sendiri. Tapi tak boleh kecil hati, sebab ia adalah cara kami bergurau.

Malam tu kami kena balik awal sebab esoknya aku, Alip Bear dengan Tahrizal ada aktiviti mencabar fizikal dan minda. Muhaimin pula berlagak. Tak mahu ikut. Mentang-mentang pernah sekali keluar TV, budget sudah jadi filmstar.

***

Ahad. Destinasi kami adalah Bukit Broga di Semenyih. Aku ingatkan Semenyih itu dekat. Tapi tu dia, sampai sesat. Cita-cita mahu melihat sunrise, tapi hajat tak kesampaian. Pukul 7.30 pagi baru nak mendaki. Sunrise apanya kan?

Tapi tak kisah. Aku, Tahrizal dengan Alip mendaki bukit sambil pekena rokok. Tak pernah dibuat orang.

Sampai saja atas puncak tu, aku terkejut. View dari atas puncak Bukit Broga memang superb. Aku cadangkan supaya kalau ada masa, kamu pergi ke situ. Bawa air, roti untuk alas perut, kamera dan rokok kalau perlu.

Lepas saja turun dari Bukit Broga, kami pekena nasi dan Alip terus hantar ke Seri kembangan. Sebaik saja bersalaman dengan Alip dan Tahrizal, aku sedikit sentimental. Kamu boleh bayangkan, 7 tahun tak jumpa, lepas tu aku sempat jumpa mereka-mereka ini cuma 2 hari saja. Ya, aku kena mengaku yang mereka-mereka ini memang kawan sejati dan boleh diharap.

***

Mereka-mereka yang aku tulis di atas adalah bekas rakan-rakan sekolah dulu. Kalau kamu membaca ini, terima kasih sebab layan aku dengan baik. Kalau ada rezeki nanti pasti jumpa lagi.

Terima kasih Tuhan sebab memberi aku peluang untuk bersahabat dengan mereka-mereka ini.

Sunday, February 21, 2010

Entiti "asing".


Gambar ada sikit-sikit kena mengena. Tiz Zaqyah.

Selalu petang-petang lepas merayau aku balik rumah pukul 7. Bukan sebab apa, pukul 7.30 ada cerita best Nur Kasih. Aku layan sebab ada awek cun dalam cerita tu. Bukan sebab nak tengok hero dia hensem ke tak. Lagi satu kalau balik awal boleh keluar malam nanti awal sikit.

Sampai saja rumah aku jadi anak yang soleh, penyayang dan mendengar cakap ibu bapa. Lepas Maghrib, aku tengok dulu berita, tengok berita sukan. Berita sukan kat TV3 langsung tak best. Entah apa-apa. Result game dah keluar 2 hari lepas. Hari ni baru nak masuk berita. Itu pun tunjuk result saja. Mana pergi duit yang banyak-banyak tu, sampai tak mampu nak beli berita sukan luar negara. Mungkin banyak bayar wartawan Melodi supaya banyak cari gossip artis-artis hiburan.

Pukul 9 lebih kurang, aku pecut motor keluar rumah. Alasan aku bila mak tanya senang saja. Nak pergi top-up kredit. Padahal duit cukup-cukup buat beli rokok Surya 2 batang dengan teh ais.

Oh ya. Aku mengikut saranan kerajaan supaya berjimat-cermat masa ekonomi gawat ni. Sebelum keluar aku pastikan perut sudah disumbat dengan nasi. Nanti tak adalah lapar sangat masa nak sembang pung-pang pung-pang dengan member-member.

Sampai kedai sesi sembang-sembang, kutuk-mengutuk dan gelak-gelak pun bermula. Macam-macam cerita keluar. Gosip dalam kampung, bot nelayan rosak, siapa yang kena nombor minggu ni, dan macam-macam lagi. Kalau tak melepak minum, aku "bersukan" snuker. Tak adalah pandai mana, tapi kalau setakat kalah bayar tu, aku on saja.

Tak pun pergi online layan Myspace, cari awek-awek hot.

Lebih kurang pukul 11, aku pecut moto balik rumah.
Tiba-tiba……

***

Dari jauh aku nampak 2 makhluk baju dan kain putih. Aku mula cuak. Aku mula fikir yang bukan-bukan. Tapi tak apa, aku buat-buat cool. Terus bawak motor slow-slow. Makin lama makin dekat. Cuak aku menjadi-jadi…
Akhirnya…

*
*
*

Cilaka. 2 orang mamat Bangla jalan malam-malam dalam kampung aku. Lepas tu muka senyum. Nasib baik aku naik moto. Kalau bawak Hummer memang aku langgar dah.

Bikin takut saja.

P/s : Err.. Ada sesiapa boleh kasi phone number Tiz Zaqyah?

Thursday, January 7, 2010

Sad Country.



I know that some of my friends like the song “Seize the Day” and “Dear God”. I know that some of them really want to be a great guitarist like Synyster Gates or a rockstar like Matt Shadows. Powerful voice and screaming.

But one thing about Avenged Sevenfold that cannot be separated from the band itself. The Rev. The drummer.

The Rev is one of the world’s best drummer. His technique is awesome. His beat in incredible. I like The Rev more than the other members in the band. His drumming is very creative.

From my point of view, The Rev is the most important member in that band. Avenged Sevenfold is not Avenged Sevenfold if there is no The Rev in that band. The backbone of Avenged Sevenfold.

The Rev is known for his accurate double bass and fast footwork.

But today, I cannot hear the creative drum play from The Rev anymore. I may not hear their new song with drum section played by The Rev anymore.

3 days before, I’ve Google The Rev biography, pictures and videos.
Suddenly, I read an article that make my eye stop at it. I read the article again. Twice. Then I’ve Google other news with the same topic. Then I realize my feeling.

Sad.

The Rev found dead at his home on 28 December 2009 at the age of 28.

His death is classified as sudden death. It is heartbreaking news for their fans out there.

Here is the message from The Rev family:
“ Our hearts are broken – he was much too young to fall. ”

***

Rest in peace The Reverend. You can never be REPLACED!

P/s: The Rev was kicked out from Catholic school at 2nd grade. His best friend at the school was Matt Shadows. But his talent make him success, more than his educational level.

Tuesday, January 5, 2010

Kehadiran Spiderman ke rumah saya baru-baru ini.

Sudah 3 hari aku makan tidur dan terlentang tengok 'talibesen' di rumah baru ni. Sambil-sambil tu selalu juga online ber’fesbuking’.

Tepat pukul 5 petang tadi, seseorang datang ketuk pintu rumah. Aku buka. Tiada orang.

Tiba-tiba hati aku tergerak untuk lihat ke atas.

Alangkah terkejutnya aku. Seorang Spiderman sedang melekat kat dinding luar rumah. Aku tak cakap banyak. Serta-merta aku tempeleng Spiderman tu sampai jatuh.

Gedebuk. Bunyi Spiderman jatuh.

Aku pijak dada Spiderman. Lepas tu aku tanya “ Kenapa datang rumah tak bagi salam?”. “Saja nak kasi surprise..”, kata Spiderman. Terketar-ketar.
“ Baik hang blah dari rumah ni sebelum aku panggil orang-orang kampung !”, jerit aku.

Spiderman tu lari terhencut-hencut sebab sebelum dia lari aku sempat terajang dia sekali. Budak-budak rumah yang lain terkejut. Ternganga tengok aksi hebat aku tadi.

Sebaik saja masuk ke bilik, aku pandang ke atas sekali lagi. Aku geleng kepala.
“ Patut la Spiderman datang tadi..” kata aku dalam hati.
Serta-merta aku jerit “Keyo! Kita ada tugas sekarang!”.

***

Lepas setengah jam, aku tersenyum. “ Hah, macam ni baru bilik untuk tidur”, kata aku dalam hati. Sawang-sawang semua dah sapu. Karpet pun dah vakum. Pakai penyapu lidi.

“ Keyo, lepas ni kita cat dinding kaler pink. Pastu buat kolam renang kat bucu kanan. Set home theatre aku dah order dah. Esok sampai. Dengan meja snuker sekali.”
“ Ok, bereh-bereh”, balas Keyo dalam dialek Kelantan.

Budak-budak bilik sebelah pandang kami. Muka masing-masing tak puas hati.

Dengki la tu.

Monday, January 4, 2010

Tahun baru, dekad baru.

New year, new decade.

Aku menyambut tahun baru dan dekad baru di meja snooker. 4 frame. Semua frame aku kalah. Rasa macam nak bersara dari main snooker. Lepas tu diakhiri dengan acara sembang sambil minum di kedai berhampiran.

Tak apa. Tinggalkan dulu perkara yang melalaikan tu. Sempena tahun baru, tipikalnya seseorang mesti ada azam baru. Itu adalah bagus. Tapi seperti kebiasaannya juga, sebahagian besar daripada azam tu mesti tak tercapai. Sebab tu aku malas nak berazam baru.

Tapi tahun ni berbeza sedikit.

Setelah berfikir, aku rasa aku kena pasang cita-cita. Mudah saja azam aku tahun ni. Mahu menghabiskan pengajian yang meletihkan ni. Ada 6 bulan untuk pergi ‘mengaji’ dan lagi 6 bulan untuk praktikal.

Selepas tu adalah waktu untuk bekerja. Cakap fasal kerja ni, seorang kawan bernama Moses pernah menulis “ Mahu kerja besar? Mahu gaji besar? Belajarlah bahasa Inggeris”. Lebih kurang begitulah. Aku tahu. English aku berterabur. Vocab tak tahu. Grammar lagilah ‘barai’. Jadi kalau aku rajin, lepas ini mungkin ada entri berbahasa Inggeris. Sebagai usaha mahu perbaiki English aku. Jadi kalau ada (mesti banyak punyalah) yang salah, jangan malu-malu untuk bagitahu aku.

Lain-lain adalah mahu menonton Sherlock Holmes. Novelnya haram aku tak pernah baca. Tapi berdasarkan trailer dan baru tadi aku menonton the making-nya, aku jadi teruja sedikit.

Err, ada sesiapa mahu support tiket?

***

Selamat menempuh tahun baru 2010. Juga dekad baru. Selamat ber’azam’ baru. Semoga cita-cita kamu semua tercapai.

InsyaAllah, jika diizinkan-Nya.