Monday, January 4, 2010

Tahun baru, dekad baru.

New year, new decade.

Aku menyambut tahun baru dan dekad baru di meja snooker. 4 frame. Semua frame aku kalah. Rasa macam nak bersara dari main snooker. Lepas tu diakhiri dengan acara sembang sambil minum di kedai berhampiran.

Tak apa. Tinggalkan dulu perkara yang melalaikan tu. Sempena tahun baru, tipikalnya seseorang mesti ada azam baru. Itu adalah bagus. Tapi seperti kebiasaannya juga, sebahagian besar daripada azam tu mesti tak tercapai. Sebab tu aku malas nak berazam baru.

Tapi tahun ni berbeza sedikit.

Setelah berfikir, aku rasa aku kena pasang cita-cita. Mudah saja azam aku tahun ni. Mahu menghabiskan pengajian yang meletihkan ni. Ada 6 bulan untuk pergi ‘mengaji’ dan lagi 6 bulan untuk praktikal.

Selepas tu adalah waktu untuk bekerja. Cakap fasal kerja ni, seorang kawan bernama Moses pernah menulis “ Mahu kerja besar? Mahu gaji besar? Belajarlah bahasa Inggeris”. Lebih kurang begitulah. Aku tahu. English aku berterabur. Vocab tak tahu. Grammar lagilah ‘barai’. Jadi kalau aku rajin, lepas ini mungkin ada entri berbahasa Inggeris. Sebagai usaha mahu perbaiki English aku. Jadi kalau ada (mesti banyak punyalah) yang salah, jangan malu-malu untuk bagitahu aku.

Lain-lain adalah mahu menonton Sherlock Holmes. Novelnya haram aku tak pernah baca. Tapi berdasarkan trailer dan baru tadi aku menonton the making-nya, aku jadi teruja sedikit.

Err, ada sesiapa mahu support tiket?

***

Selamat menempuh tahun baru 2010. Juga dekad baru. Selamat ber’azam’ baru. Semoga cita-cita kamu semua tercapai.

InsyaAllah, jika diizinkan-Nya.

5 comments:

AkuBukanSOFIAJANE said...

u, kalo nasi lemak yg i jual byk untung, i belanje u tiket tu =)

u, apakata kite soh moses buat kelas mlm belajar bahasa inggeris? i pon teringin nak belajar sebb nnt i nk kawen dgn orang puteh mcm artis msia skunk.

Sir Marcello said...

berpeluh2 hang menaip smlm na..hohoho..bagui2 ada azam baru...

aku tak dan menulis kerana sibuk mencari nafkah..hahaha

dayat said...

fuck shit support local scene. jmpe aku bila2 aku nk ang tmbh satu lg perkataan.

gut luck bro!

jeffry azizi jaafar said...

akubukansofiajane : eh u ckp teringin nak kawen ngn i?

bruno marcello: ahh cari nafkah la sgt.g tido je kat opis tu.

dayat: cibai lu.haha.

btw tq beb.

Sir Marcello said...

shit u..aku mana tido...streamyx tak abes jual lagi nie...