Thursday, February 25, 2010

Entri versi agak panjang : Hutan Batu.


Bukit Broga, Semenyih.
Dari kiri : Tahrizal, Alip Bear dan aku.

Hari Jumaat tu aku naik bas lebih kurang pukul 1 tengah hari. Cuak gila nak naik bas, sebab insiden kemalangan bas express Sani Express dua tingkat tu. Jadi sebelum naik aku baca doa sikit-sikit.

Tak banyak yang aku boleh buat atas bas selain dengar mp3, tidur dan text abang aku. Nak bagitau dia bila agak-agak aku sampai Pudu.

Bas Sri Maju memang tak maju kalau nak dibandingkan dengan Transnasional. Bertolak dari Kangar sama dengan Trans, tapi dekat Sungai Perak bas aku baru sampai, bas Trans dah bertolak balik. Menyesal pun ada beli tiket Sri Maju.

Lebih kurang pukul 8 malam aku sampai Pudu. Dalam sejarah hidup 24 tahun aku hidup, yang ini baru kali ke-3 datang ke hutan batu ni. Sebelum ni datang ada teman. Tapi kali ni solo. Aku pun call Kapten Cabik. Tanya arah nak ke mana.

Hang cari Plaza Rakyat”, kata Cabik.

“Orait,”’ aku balas.

Pehh.. Berpeluh cari Plaza Rakyat. Sampai habis kredit call Kapten Cabik nak tanya mana arah Plaza Rakyat. Nak tanya polis takut nanti dimintanya rasuah ke, mana aku nak cari duit.

Dah naik train tu, aku pun jumpa abang-abang askar. Abang Wan, Kapten Meor dengan Cabik. Kami terus ke Bandar Tasik Selatan. Tunggu rakan-rakan lain datang ambil. Macam biasa orang Melayu bila berjanji memang lambat. Sementara tunggu rakan-rakan yang lain datang, abang aku sampai. Aku plan nak tidur di rumah dia. Lepas tu dia terus pergi masuk kerja. Shift malam.

Tak lama lepas tu, Fikri, Tahrizal, Muhaimin dengan Alip Bear datang. Fikri dengan Alip Bear sudah 7 tahun aku tak jumpa. Lama gila. Fikri memang ngam dengan A. Galak. Plat kereta pun AGK ****. Tak sia-sia Tahrizal gelar dia A. Galak zaman sekolah dulu.

Alip pula memang beruang sejati. Dari dulu memang besar, sekarang maintain besar macam tu juga. Kami melepak di sebuah kedai mamak tak jauh dari stesen Bandar Tasik Selatan.

Kamu boleh bayangkan, 7 tahun tak jumpa rakan-rakan. Kalau budak kecil, sudah masuk darjah 1. Jadi sesi melepak dimulakan dengan bertanya perkembangan masing-masing. Kemudian ke cerita zaman-zaman sekolah. Tak ketinggalan sesi bahan-membahan sesama lain. Pung-pang pung-pang borak. Dayat datang lambat sedikit. Walau macam mana pun, Dayat tetap sempat juga untuk sesi melepak tu. Rokok tak payah keluar. Semua aku rembat rokok mereka. Haha..

Lepas tu aku ke downtown Bandar Tun Razak. Apa jadah jeans Replay RM120. Replay Siam pun RM60 saja. Aku batal niat nak angkat jeans. Lepas tu aku terus ke rumah Tahrizal. Abang-abang askar balik ke Ipoh dengan Fikri. Aku, Alip Bear dan Muhaimin ke rumah Tahrizal. Tidur di situ. Cancel nak tidur rumah abang aku.

***

Sabtu. Pukul 10 pagi Alip Bear memandu ke Sri Kembangan. Dari rumah Tahrizal. Berpeluh tengok signboard. Sudah lah sempat tidur 2 jam saja. Sampai rumah abang aku, aku sambung tidur lagi.

Petangnya ke Bukit Bintang. Jumpa Khairul. Janji nak bawa gadis-gadis sekali. Tapi tak bawa pun. Cilaka. Melepas peluang nak bersosial dengan gadis-gadis. Nasib baik sempat cekik Khairul supaya belanja aku makan.

Aku kelam kabut balik ke rumah abang aku. Malam ini plan mahu ke Shah Alam. Nasib baik aku pakai pas kerja KTM abang aku. So naik train KTM secara percuma dan halal. Bukan apa, nak cari Plaza Rakyat di Pudu pun aku gagal, inikan pula nak beli tiket train. Mana tahu tersalah beli tiket ke Gua Musang atau ke Batu Pahat. Tak ke menggelabah aku?

Aku berdua dengan Tahrizal ke Shah Alam. Sepanjang pemerhatian aku, memang tak salah jalan-jalan di Kuala Lumpur ni traffic jam. Perkhidmatan public transport-nya memang fail. Jadi bila public transport lembab ibarat kura-kura, ramai pilih untuk berkenderaan sendiri dan menyebabkan kesesakan. Agak-agak apa yang Menteri Pengangkutan buat selama ni?

Ok. Berbalik kepada cerita tadi, sampai di Shah Alam, aku berjumpa rakan sebilik masa sekolah. Topek. Memang rockstar habis. Shawn pula memang dari dulu macam tu. “Bakal pekerja kerajaan”, kata Dayat membahan Shawn. Moses datang lambat sedikit. Baru balik ofis. Aku mula imagine macam mana kalau kerja nanti? Tak rock la kena balik malam juga.

Jadi malam tu macam biasa sesi borak pung-pang pung-pang, selang-seli dengan sesi membahan. Paling best membahan Shawn yang tengah pening sebab buat master. Tak ketinggalan aku juga kena bahan sekali. Memang dari zaman sekolah lagi, kami suka membahan sesama sendiri. Tapi tak boleh kecil hati, sebab ia adalah cara kami bergurau.

Malam tu kami kena balik awal sebab esoknya aku, Alip Bear dengan Tahrizal ada aktiviti mencabar fizikal dan minda. Muhaimin pula berlagak. Tak mahu ikut. Mentang-mentang pernah sekali keluar TV, budget sudah jadi filmstar.

***

Ahad. Destinasi kami adalah Bukit Broga di Semenyih. Aku ingatkan Semenyih itu dekat. Tapi tu dia, sampai sesat. Cita-cita mahu melihat sunrise, tapi hajat tak kesampaian. Pukul 7.30 pagi baru nak mendaki. Sunrise apanya kan?

Tapi tak kisah. Aku, Tahrizal dengan Alip mendaki bukit sambil pekena rokok. Tak pernah dibuat orang.

Sampai saja atas puncak tu, aku terkejut. View dari atas puncak Bukit Broga memang superb. Aku cadangkan supaya kalau ada masa, kamu pergi ke situ. Bawa air, roti untuk alas perut, kamera dan rokok kalau perlu.

Lepas saja turun dari Bukit Broga, kami pekena nasi dan Alip terus hantar ke Seri kembangan. Sebaik saja bersalaman dengan Alip dan Tahrizal, aku sedikit sentimental. Kamu boleh bayangkan, 7 tahun tak jumpa, lepas tu aku sempat jumpa mereka-mereka ini cuma 2 hari saja. Ya, aku kena mengaku yang mereka-mereka ini memang kawan sejati dan boleh diharap.

***

Mereka-mereka yang aku tulis di atas adalah bekas rakan-rakan sekolah dulu. Kalau kamu membaca ini, terima kasih sebab layan aku dengan baik. Kalau ada rezeki nanti pasti jumpa lagi.

Terima kasih Tuhan sebab memberi aku peluang untuk bersahabat dengan mereka-mereka ini.

Sunday, February 21, 2010

Entiti "asing".


Gambar ada sikit-sikit kena mengena. Tiz Zaqyah.

Selalu petang-petang lepas merayau aku balik rumah pukul 7. Bukan sebab apa, pukul 7.30 ada cerita best Nur Kasih. Aku layan sebab ada awek cun dalam cerita tu. Bukan sebab nak tengok hero dia hensem ke tak. Lagi satu kalau balik awal boleh keluar malam nanti awal sikit.

Sampai saja rumah aku jadi anak yang soleh, penyayang dan mendengar cakap ibu bapa. Lepas Maghrib, aku tengok dulu berita, tengok berita sukan. Berita sukan kat TV3 langsung tak best. Entah apa-apa. Result game dah keluar 2 hari lepas. Hari ni baru nak masuk berita. Itu pun tunjuk result saja. Mana pergi duit yang banyak-banyak tu, sampai tak mampu nak beli berita sukan luar negara. Mungkin banyak bayar wartawan Melodi supaya banyak cari gossip artis-artis hiburan.

Pukul 9 lebih kurang, aku pecut motor keluar rumah. Alasan aku bila mak tanya senang saja. Nak pergi top-up kredit. Padahal duit cukup-cukup buat beli rokok Surya 2 batang dengan teh ais.

Oh ya. Aku mengikut saranan kerajaan supaya berjimat-cermat masa ekonomi gawat ni. Sebelum keluar aku pastikan perut sudah disumbat dengan nasi. Nanti tak adalah lapar sangat masa nak sembang pung-pang pung-pang dengan member-member.

Sampai kedai sesi sembang-sembang, kutuk-mengutuk dan gelak-gelak pun bermula. Macam-macam cerita keluar. Gosip dalam kampung, bot nelayan rosak, siapa yang kena nombor minggu ni, dan macam-macam lagi. Kalau tak melepak minum, aku "bersukan" snuker. Tak adalah pandai mana, tapi kalau setakat kalah bayar tu, aku on saja.

Tak pun pergi online layan Myspace, cari awek-awek hot.

Lebih kurang pukul 11, aku pecut moto balik rumah.
Tiba-tiba……

***

Dari jauh aku nampak 2 makhluk baju dan kain putih. Aku mula cuak. Aku mula fikir yang bukan-bukan. Tapi tak apa, aku buat-buat cool. Terus bawak motor slow-slow. Makin lama makin dekat. Cuak aku menjadi-jadi…
Akhirnya…

*
*
*

Cilaka. 2 orang mamat Bangla jalan malam-malam dalam kampung aku. Lepas tu muka senyum. Nasib baik aku naik moto. Kalau bawak Hummer memang aku langgar dah.

Bikin takut saja.

P/s : Err.. Ada sesiapa boleh kasi phone number Tiz Zaqyah?