Tuesday, August 31, 2010

Diari Ramadhan saya # 2.

Satu pagi bulan Ramadhan..

Hari tu, kami ada misi penting. Projek besar punya. Kalah projek Empangan Bakun yang dari dulu, sampai la ke sekarang ni tak siap-siap lagi. Misi ni berkaitan dengan maruah.

Aku, Syukri dan Mijoi get ready dengan kapak. Kami gerak ke tempat yang kami dah sorok batang meriam semalam. Di kampung aku, meriam buluh memang tak ada orang main. Aku pun tak main juga. Bukan apa, nanti letupan dia yang power tu, boleh pecah buluh tu. Aku nak rasa keseronokan main meriam, dan nak rasa keseronokan berhari Raya juga. Jadi aku pilih jalan selamat. Pakai meriam paip simen.

Sebagai ketua pasukan, aku bagi arahan.

"Hah Kue, potong kasi pendek sikit paip ni," arah aku.

Syukri potong kasi pendek sikit. Bertenaga sungguh, macam orang tak puasa. Semalam masa ambil paip tak sempat potong. Takut tak sempat nak potong, dah kena kejar dengan orang kampung.

Bila dah potong, kami ke kedai. Karbaid 5 kupang, minyak tanah seringgit. Kami letak meriam di belakang rumah.

Lepas berbuka, aku cepat-cepat ke belakang rumah. Kami setting meriam. Aku letak bata di bahagian depan meriam, kasi tinggi sikit. Bahagian belakang meriam, aku lapik dengan papan. Meriam tu kami halakan ke kampung sebelah. Kasi budak-budak kampung sebelah panas.

Nak main meriam ni, seni tu kena ada. Macam main bola juga. Kena ada seni. Sebab tu kelab-kelab bolasepak yang kuat macam Arsenal main bola dengan penuh seni. Campuran antara karbaid dengan air tu perlu mantap dan padat. Baru letupan meriam tu berkuasa. Aku masukkan 2 ketul karbaid dan air sikit dalam tin Milo tu. Lepas tu, sumbat dalam meriam tu. Bila dah berbunyi "hisss" tu, tu maknanya karbaid tu dah larut dengan secukup rasa.

Bila dah macam tu, aku celup hujung batang buluh kecil ke dalam minyak tanah. Lepas tu bakar dengan api pelita. Aku halakan api tu lubang tin Milo.

"KEBABOOMMMM!!"

Tu dia. Mantap dan lemak berkrim bunyi letupan dia. Aku pasti, budak-budak kampung sebelah pasti jaki dengar bunyi tu.

Tak lama lepas tu, terdengar bunyi meriam budak kampung sebelah.

"Kecepesss......"

Tak ada fight langsung budak-budak kampung sebelah ni main meriam. Tak ada seni.

Kami get ready untuk letupan kedua. Dalam duk nak ambil karbaid tu, tiba-tiba..

"Woi budak-budak! Tak ada kerja ka hah! Ni cucu aku nak tidur ni!" jerkah Makcik Joyah Spot sebelah rumah aku, sambil keluar rumah.

Aku lari ambil basikal. Mijoi duduk seat belakang. Syukri pula lari masuk bendang.

5 comments:

lynn-the gudigudigurl said...

hehehe
cube tanya bebudak skrang, bape kerat yang tau main mendalah ni.
kesian diorang tak sempat rase

dayat said...

gua dulu rembat paip piling construction. dlm tu sumbat buah kelapa. die punyer pegi pergh mcm dunia nk kiamat.gua siap pakai sumbat telinga dgn cotton bud lg.
karbaid mesti cap nenas dlm plastik putih.

DangDingDong said...
This comment has been removed by the author.
DangDingDong said...

gua nak ajak lu battle main meriam dgn bdk kampung gua kat bota...haha

Jeffry said...

Lynn : Budak2 sekarang tak berapa ganas, main mercun ja.

Dayat : Perghh.. Power sungguh lu pakai paip construction. Tak kena kejar dgn kontraktor ka rembat depa punya? Haha..

Gadong : Hah, lu tunggu la lagi 2-3 ari gua nak kasi gegar lu punya kampung. Kehkehkeh..