Tuesday, August 17, 2010

Diari Ramadhan saya.

Apa beza diari bulan Ramadhan aku dan bulan bukan Ramadhan?

Aku rasa takda beza. Err..Kecuali waktu tengah hari bulan Ramadhan aku tak boleh makan nasi.

Ehem.

Aktiviti malam, tetap sama. Cuma cara dia lain sikit. Lepas buka puasa, aku mandi dan siap-siap macam orang nak ke Terawih. Pakai kain pelikat, baju-t dan kopiah. Songkok hitam? Rasanya setahun dua kali aku pakai. Waktu raya Aidilfitri dan raya Aidiladha. Lepas tu aku start motor. Nak bawa motor ni pun kena ada skill dan seni juga bang. Di rumah aku sekarang ada 4 buah motor. Jadi untuk kesenangan, aku akan pilih motor yang banyak minyak.

Aku tunggang motor arah ke surau. Jalan kampung aku macam biasa, memang superb kondisinya. Makcik-makcik selalu jalan kaki ke surau, jadi aku kena hati-hati, nanti terlanggar payah pula.

Sampai surau, aku tak belok terus ke surau. Aku ke depan sikit lagi. Ada jambatan yang ada blok besar. Rakan-rakan dah lama tunggu. Tempat tu memang nikmat bila lepak malam-malam. Boleh duduk atas blok, hisap Surya sambil ditemani lampu jalan. Lampu jalan tu pun adalah yang kedua sepanjang jalan di kampung aku ni. Sungguh prihatin pihak pemerintah negeri aku ni.

Bila cousin merangkap rakan aku yang paling lembab bersiap sampai, kami gerak ke port seterusnya. Sama ada pusat sukan snuker, kedai minum yang ada buka channel HBO atau ke tepi pantai ambil angin malam.

Di kedai minum yang jadi feveret aku, pakcik-pakcik yang sampai awal tangan depa ni gatal. Gatal nak tambah isteri tu satu hal, tapi gatal tangan ni boleh buat orang lain rasa nak terbalikkan meja. Tak boleh duduk diam. Sat-sat tukar channel gusti, sat-sat tukar channel drama Melayu. Padahal channel HBO tu cukup sedap tunjuk cerita Inglourious Basterds hasil lakonan mantap Brad Pitt dan Diane Kruger.

Last sekali depa stick kat channel gusti. Lepas tu tengok dalam keadaan teruja, sambil buat reaksi tangan naik ke atas.

"Ni yang aku kecewa tengok orang Melayu kita ni", kata Syukri, cousin aku yang lembab tu. Tapi bab makan dia boleh laju pula. Licin bihun sup semangkuk. Aku pun hairan.

"Hah, kenapa?", aku balas.

"Senang sangat kena tipu", katanya lagi.

"Kena tipu macam mana?", aku balas sambil menyalakan Surya sebatang.

"Tengok gusti pun boleh tertipu. Padahal tu semua lakonan saja.."

Aku tenung muka Syukri. Meja aku karate.

7 comments:

blogablogiblogu said...

yosh!! sjak biler berblog? hehehe
melawat2 jap

Nur Asmahani said...

haha...betol la cousin hg yg lembab tu cakap...semua lakonan.

Jeffry said...

@riduan : lama dah..since dis 2008..huhu..

@as : mmg betul,tp aku igt dia nk ckp benda serius..last2 aku gk yg kena..

Eireen Camelia said...

weyh jgn cakap banyak. aku pernah laa melalui season gusti ni. aku tgk sebab syok dia macam drama. lepas tu yang jantan2 nya macho laa kan. the rock lah, batista lah cena lah randy orton lah.. hihi

etomyam said...

wah..surya memang mengasyikkan tu :D

Sir Marcello said...

balik kg jer layan surya...jepp2

Jeffry said...

eireen : aku layan diva2 ja..hehe.

etomyam : memang nikmat nak2 lagi bulan posa ni.

bruno : biasa2.feveret tu.