Wednesday, September 8, 2010

Cabaran apabila 1 Syawal hampir menjelma.

Jeffry adalah seorang pelajar semester akhir sebuah pusat pengajian yang sekarang sedang internship di sebuah tempat rahsia.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, yang mana para peniaga menjual pakaian-pakaian untuk dibeli di bazaar, ekspo, pasar malam atau perkataan yang sewaktu dengannya, Jeffry pun terdetik di hati mahu angkat baju atau seluar jeans dalam sehelai dua.

Tempat yang mahu dikunjungi Jeffry adalah Juru dan Perda Bukit Mertajam. Beberapa hari lepas, selepas berbuka puasa, Jeffry, adiknya, seorang kazen-nya dan seorang lagi rakan mereka menaiki sebuah kereta yang digelar Kereta Kebal untuk ke destinasi.

Adapun digelar Kereta Kebal, tapi kereta buatan Malaysia itu sungguh mudah dented hatta terkena tayar motosikal sekalipun.

Berbalik kepada niat suci murni Jeffry, sesampainya saja di Juru, mereka terus pergi ke sebuah khemah jualan barang-barang sebuah supermarket, bukan mereka ke kelabing yang terdapat di situ. T-shirt dan shirt yang dijual memang menyelerakan dan memenuhi citarasa Jeffry yang sememangnya bercitarasa tinggi.

Yang peliknya, walaupun baju-baju tersebut kelihatan segak bila disarungkan oleh Jeffry yang sememangnya kacak dan gagah, beliau masih lagi tidak mahu membeli. Akhirnya, kawannya pula yang beli t-shirt di situ.

Selesai di Juru, mereka bergerak ke destinasi bajet seterusnya. Perda yang terletak di bandar milik pendatang asing, iaitu Bukit Mertajam.

Cabaran mengusya baju di bazaar Perda memang mencabar pada malam tu. Kalah cabaran mengayat gadis sekelas. Bazaarnya panjang sampai tak larat mahu berjalan, dipenuhi pula umat manusia yang semuanya berniat mahu membeli-belah.

Jeffry dan rakan-rakannya membuat dua kali tawaf di bazaar tersebut. Tawaf pertama mengusya-usya baju dan usya gadis-gadis sekali, tawaf kedua pula terus beli. Sekali lagi, bukan Jeffry yang beli. Kazen-nya yang beli jeans Siam sehelai dan kawannya pula yang beli.

Jadi, acara berjalan-jalan ke bazaar pada malam itu diakhiri kekecewaan pada Jeffry. Jeffry bertekad mahu membeli juga baju untuk ditayang pada orang kampungnya, sebelum Aidilfitri menjelma tahun ini.

Ok, mari kita analisis sebab apa Jeffry tak beli-beli juga baju walaupun berjalan bagai nak rak.

Jeffry adalah lelaki kacak berketinggian 149 sentimeter dan mempunyai berat badan 50-51 kilogram. Walaupun Body Mass Indexnya normal, tapi Jeffry adalah seorang yang kurus. T-shirt yang dicubanya semua besar-besar belaka. T-shirt berjenama yang bersaiz S pun tidak berapa padan dengannya.

Oleh itu, Jeffry telah menetapkan misi tersendiri ketika bulan Syawal tahun ni. Jeffry mahu makan sebanyak mungkin, supaya badannya yang ada tatoo harimau tu jadi berisi sedikit. Tak adalah Raya tahun-tahun depan susah lagi nak cari baju, ye tak?

Jadi, sesiapa yang membuat open house tu, jangan malu-malu menjemput Jeffry. Beliau sedia hadir undangan kamu, dengan syarat duit raya paling kurang pun bernilai not RM50 terselit dalam sampul. :P

5 comments:

dayat said...

mcm haram. dtg la kl la chor shoping cni. bw 3 rat dpt levis ori dgn tshirt polo ori.

Jeffry said...

Dayat : Haha, aku memang plan nak pi dah 4hb tadi. Tapi last-last duit pulak jadi penghalang. Neway nanti udah sampai kampung roger gua.

Nur Asmahani said...

niat jeffry nak mengusya gadis jer..tu yg tak jumpe2 baju yg sesuai.

dayat said...

wei tukar plan. pak aku nk blk kg hari ahad plak. ang ada lg ka kt kg?
ligat ang update blog skang. haha

Jeffry said...

As : Eh gadis-gadis tu yang usya aku,hehe.

Dayat : Ada-ada. Roger aku bila sampai. Besa la dah ada Internet connection ni,hehehe..