Thursday, October 21, 2010

Pangkor.

"Pulau Pangkor terkenal dengan pantai yang cantik. Teluk Nipah sangat popular di kalangan pelancong Eropah. Kualiti Pantai Pasir bogak adalah yang terbaik berbanding tempat lain di pulau tersebut. Pasir berwarna coklat keemasan, hampir menyamai pantai-pantai terkemuka di tempat lain" - Wikipedia.

Kenapa tiba-tiba aku menulis fasal Pulau Pangkor?

Esok pagi aku akan 'bercuti' ke pulau tersebut. Ia adalah aktiviti terakhir aku dan rakan-rakan sekuliah sebelum menamatkan pengajian di peringkat 1st degree ni. Program ni digelar "Bon Voyage".

Asalnya aktiviti "Bon Voyage" ni adalah ke Sabah.

Sabah?

Ya Sabah yang terkenal dengan hot chicks yang gemar memakai hot pants tu. Tapi ura-ura nak ke Sabah terpaksa dibatalkan atas sebab yang aku pun tak tahu. Tapi aku syak masalah bajet adalah punca ia dibatalkan. Pihak universiti tak mampu menanggung kos ke Sabah.

Tak mampu menanggung? Fuck off. Mencantikkan pos pak guard boleh pula? Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, kos mencantikkan pos pak guard dianggarkan bernilai RM800 000. Apa jadah sampai banyak tu? Sudah lah sesetengah pak guard ni berperangai celaka.

Bangunan yang asalnya RM 2 juta, disebabkan kebangangan dan kebengapan pihak atasan, jadi lebih kurang RM 8 juta. Amacam? Celaka tak pihak pengurusan universiti aku ni?

***

Ok, biarkan mereka yang bangang itu.

Jadi esok kami semua akan bertolak ke Pulau Pangkor untuk bercuti dan berehat selama beberapa hari. Kamu yang sedang bekerja, kerjalah rajin-rajin ya. Rakan-rakan yang sekarang ni dalam preparation untuk final, pulun study ya, jangan pulun Facebook sangat. Aku dan rakan-rakan dari Fakulti Perniagaan nak ber'enjoy' di sana, dengan gadis-gadis dari course Human Resource.

Jika ada kelapangan, parti buih juga akan dianjurkan.

Ya, parti buih. Hoo yeahhhh!

Sunday, October 17, 2010

Pegawai.

Lelaki berkerjaya memang sibuk. Hari Sabtu pun kena pergi kerja. Jadi gadis-gadis jangan salahkan buah hati kamu jika mereka tak boleh ber-dating dengan kamu pada hari Sabtu. Mereka kena masuk pejabat untuk mencari duit supaya cepat kahwin dengan kamu. Kalau nak kahwin cepat, bilang sama ibu kamu bahawa hantaran cuma RM2000-RM3000 saja. Tak payahlah ikut adat sangat, yang sememangnya menyeksakan kaum-kaum lelaki Melayu di Malaysia ni.

Dalam hal kena pergi kerja hari Sabtu ni, aku pun tak terkecuali.

Hari Jumaat minggu lepas adalah hari terakhir aku internship. Hari Sabtu aku sudah dapat kerja. Jawatan pegawai. Amacam? Laju tak?

"Bangun-bangun, pergi kerja," kejut mak. Aku tengok jam. Ah, awal lagi. Baru pukul 7 pagi. Apa guna jawatan pegawai masuk kerja pukul 8 kan? Otak aku ligat berfikir, dan aku ambil keputusan untuk sambung tidur sampai pukul 8.

Tapi tak jadi juga bangun pukul 8. Aku bangun pukul 8.30 pagi juga akhirnya.

Usai bangun, aku bersiap nak ke tempat kerja. Selain aku, adik aku juga ditawarkan jawatan pegawai di tempat yang sama. Aku kejut adik aku yang sememangnya lewat bangun tu. 7 kali kejut, baru bangun. Sebagai abang mithali, aku tak jadi nak kejut style pakai seterika panas.

Sebagai rakyat yang menyokong Gagasan 1Israel, eh silap, Gagasan 1Malaysia yang aku tak nampak apa pun kesannya lagi, aku mengamalkan langkah berjimat cermat. Kami berdua naik satu motor ke tempat kerja yang sama. Jimat. Dan rokok pun aku jimat juga.

"Bak rokok sebatang," kata aku sambil paw rokok adik aku. Jimat kan?

Sampai di tempat kerja, aku nampak manager dan assistant manager tengah buat kerja. Aku syak depa sampai pukul 7.30 tadi. Nasib baik kami sampai on-time, pukul 9.

"Hah, pi ambik semai tu, tulung koyak. Orang nak menanam ni. Lepaih tu, tarik semai-semai kat hujung sana, tarik bawak mai sini," arah assistant manager, mak aku.

"Cilake, kerja jawatan pegawai pun kena arah-arah macam ni. Sia-sia jawatan pegawai bendang macam ni," getus aku dalam hati sambil membetulkan topi. Panas juga rupanya kerja di sawah padi ni.