Sunday, October 17, 2010

Pegawai.

Lelaki berkerjaya memang sibuk. Hari Sabtu pun kena pergi kerja. Jadi gadis-gadis jangan salahkan buah hati kamu jika mereka tak boleh ber-dating dengan kamu pada hari Sabtu. Mereka kena masuk pejabat untuk mencari duit supaya cepat kahwin dengan kamu. Kalau nak kahwin cepat, bilang sama ibu kamu bahawa hantaran cuma RM2000-RM3000 saja. Tak payahlah ikut adat sangat, yang sememangnya menyeksakan kaum-kaum lelaki Melayu di Malaysia ni.

Dalam hal kena pergi kerja hari Sabtu ni, aku pun tak terkecuali.

Hari Jumaat minggu lepas adalah hari terakhir aku internship. Hari Sabtu aku sudah dapat kerja. Jawatan pegawai. Amacam? Laju tak?

"Bangun-bangun, pergi kerja," kejut mak. Aku tengok jam. Ah, awal lagi. Baru pukul 7 pagi. Apa guna jawatan pegawai masuk kerja pukul 8 kan? Otak aku ligat berfikir, dan aku ambil keputusan untuk sambung tidur sampai pukul 8.

Tapi tak jadi juga bangun pukul 8. Aku bangun pukul 8.30 pagi juga akhirnya.

Usai bangun, aku bersiap nak ke tempat kerja. Selain aku, adik aku juga ditawarkan jawatan pegawai di tempat yang sama. Aku kejut adik aku yang sememangnya lewat bangun tu. 7 kali kejut, baru bangun. Sebagai abang mithali, aku tak jadi nak kejut style pakai seterika panas.

Sebagai rakyat yang menyokong Gagasan 1Israel, eh silap, Gagasan 1Malaysia yang aku tak nampak apa pun kesannya lagi, aku mengamalkan langkah berjimat cermat. Kami berdua naik satu motor ke tempat kerja yang sama. Jimat. Dan rokok pun aku jimat juga.

"Bak rokok sebatang," kata aku sambil paw rokok adik aku. Jimat kan?

Sampai di tempat kerja, aku nampak manager dan assistant manager tengah buat kerja. Aku syak depa sampai pukul 7.30 tadi. Nasib baik kami sampai on-time, pukul 9.

"Hah, pi ambik semai tu, tulung koyak. Orang nak menanam ni. Lepaih tu, tarik semai-semai kat hujung sana, tarik bawak mai sini," arah assistant manager, mak aku.

"Cilake, kerja jawatan pegawai pun kena arah-arah macam ni. Sia-sia jawatan pegawai bendang macam ni," getus aku dalam hati sambil membetulkan topi. Panas juga rupanya kerja di sawah padi ni.

3 comments:

dayat said...

sudah pandai hyperlink!

gua penah tlg org tanam padi kt kg pakai kuku kambing. cilaka saket pinggang

Jeffry said...

Gua dah maju,seiring pembangunan pesat yang berpaksikan 1Malaysia.Haha.

Baru lu tau letih ke bendang.Semalam gua berjaya skip dari ke bendang dengan alasan letih.Kahkahkah.

Eireen Camelia said...

memang tak tersembur air kopi aku ni baca ending dia. shabasss.. berjaya buat aku saspisyes mengenai jawatan kau sandang datang kerja pukul 9!