Friday, August 31, 2012

Thierry Henry dan Cristiano Ronalbi berkawan baik

3 Jun 2003. Sabtu. Manchester, England.

Hari ini merupakan hari pertama aku bermain untuk pasukan bola sepak terkenal dunia, Manchester United. Aku baru sahaja menandatangi kontrak empat tahun dengan jumlah bayaran perpindahan dan gaji dirahsiakan. Pengurus pasukan, Sir Eric Cantona merekrut aku bersama-sama seorang lagi pemain muda dari Portugal bernama Cristiano Ronalbi. Ronalbi berkebolehan bermain di bahagian sayap manakala aku dibeli untuk bermain sebagai penyerang pasukan.

Dalam pasukan ini terdapat seorang lagi penyerang yang sedang meningkat naik bernama Thierry Daniel Henry. Dalam latihan singkat seminggu ini, aku kerap kali digandingkan dengan Henry. Ronalbi pula ketika latihan hari pertama datang lewat. Tersesat jalan katanya. Ronalbi cuba menerangkan kepada pengurus Sir Eric tetapi Sir Eric tidak faham sepatah pun perkataan dituturkan Ronalbi kerana Ronalbi hanya mampu berbahasa Portugis. Sebagai balasan, Ronalbi dikerah menjadi budak angkat air minuman selama seminggu. Begitulah betapa tegasnya Sir Eric. Aku agak cuak bila berhadapan dengan Sir Eric kerana aku ada dengar-dengar cerita bahawa dia pernah membuat flying-kick ke dada seorang peminat Coventry City.

Berbalik kepada hari perlawanan, lawan kami hari ini adalah pasukan Leeds United yang diketuai oleh penyerang Australia, Mark Viduka. Viduka merupakan pemegang status PR ataupun permanent resident di Australia. Viduka sebenarnya berasal dari Kampung Masjid Tanah, Melaka.

Sebelum melangkah keluar padang, aku tiba-tiba menerima pesanan ringkas bergambar. Aku kenal benar gambar gadis itu. Dia mengenyitkan mata sambil tangan kanan menunjukkan simbol peace dan tangan kiri menangkap gambarnya sendiri. Nasib baik gadis tersebut tidak memuncungkan bibirnya seperti kebanyakan orang zaman sekarang yang suka berbuat begitu tidak kira lelaki atau perempuan ketika bergambar.

Yaa baru aku teringat. Gadis tersebut adalah Kareena Kapoor, pelakon Bollywood terkenal tu!

Di bawah gambar tersebut tertulis pesanan ringkas berbunyi "Good luck baby! Score three goals for me today muahh XOXO".

Tiba-tiba adrenalin dalam badan aku tercetus. Ia seperti ledakan kuasa yang mampu berbuat apa sahaja pada waktu itu. Ya apa sahaja. Jika kamu suruh aku terbang pun, aku mampu terbang pada waktu itu!

Aku melangkah masuk ke padang. Dipendekkan cerita, aku menjaringkan 14 gol dalam perlawanan tersebut manakala pertahanan kanan pasukan kami iaitu Rosdi Talib menjaringkan 10 gol. Rosdi Talib adalah warganegara Mongolia. Kedudukan akhir Manchester United 24 - 1 Leeds United. Gol Leeds United merupakan gol sendiri Ronalbi yang masuk menggantikan Henry.

* * *

bersambung..

No comments: